Michael Jackson mungkin mati apabila doktor yang menyuntiknya dengan ubat pelali berkeupayaan tinggi tertidur, kata ahli keluarga Raja Pop itu semalam.
Menurut ibu Michael, Katherine, dia yakin penyanyi itu dibiarkan begitu saja selepas menerima suntikan ubat Propofol di bilik tidurnya di Los Angeles.
Pandangan itu dinyatakan Katherine, 79, kepada rakan karib keluarga Jackson, Dr Steven Hoefflin, dan didedahkan kepada media semalam.
Kata Dr Hoefflin, beberapa kakitangan yang bekerja di rumah Michael mendakwa mereka melihat doktor terbabit memberi suntikan supaya penyanyi itu dapat tidur.
Pandangan itu dikeluarkan ketika polis dan pegawai keselamatan menyelongkar pejabat doktor peribadi Michael, Dr Conrad Murray, di Houston, Texas.
Peguam berkata, polis mencari sebarang bukti yang mengaitkan Dr Murray dengan perbuatan membunuh.
Dr Hoefflin berkata, Katherine mengesahkan Michael bebas daripada sebarang dadah selepas menjalani pemeriksaan kesihatan ketat tiga bulan sebelum kematiannya.
“Tetapi Michael mengalami insomnia dan sakit kaki menjelang konsert yang dijadual diadakan di London.
“Dia kemudian dijaga doktor yang memberinya dadah berlebihan,” katanya.
Keluarga Michael, kata Dr Hoefflin, menuntut supaya polis turut menyiasat semua doktor yang memberikan Propofol serta Demerol kepada penyanyi terbabit.
“Mereka percaya lapan doktor mengawal pengambilan ubat Michael,” katanya.
D depan pejabat Dr Murray, kelihatan 15 kenderaan polis berbaris di situ serta lebih 20 orang anggota keselamatan, termasuk dari unit siasatan pembunuhan.
Peguam Dr Murray, Ed Chernoff, berkata polis merampas satu cakera keras komputer dan 21 dokumen dari pejabat berkenaan. - Agensi
Michael mati kerana doktor tertidur
Entri Lain
Permalink: Michael mati kerana doktor tertidur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment