Gambar Perkahwinan Noniswara-Rosman

Wednesday, August 05, 2009


Gambar Perkahwinan Noniswara-Rosman
Gambar Perkahwinan Noniswara
Gambar Resepsi Perkahwinan Noniswara-Rosman
Pelakon Noniswara Baharudin,39 yang mencipta nama menerusi drama bersiri Bukan Ku Pinta bersama penyanyi cilik, Siti Musliha satu ketika dulu itu sah menjadi isteri Rosman yang juga Pengerusi U Mobile hanya dengan sekali lafaz sahaja pada 31 Julai 2009.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Abdul Malik Salleh dengan mas kahwin RM317 tunai dengan berwalikan adik Nonis, Bani Uzair Baharudin.

Memang benarlah kata pepatah Melayu lama, dari mata turun ke jiwa dan begitulah diibaratkan dengan Nonis dan Rosman.

Masing-masing mula mengenali antara satu sama lain apabila bertemu di rumah bapa Nonis, Baharudin M.Y. yang juga pelukis terkenal.

Kebetulan ketika itu, bapa Nonis dan Rosman sedang mengadakan rundingan perniagaan.

Bermula detik itu, bibit-bibit cinta mula terbit di hati masing-masing dan menjadi semakin rapat sejak dua tahun yang lalu.

Rosman dengan penuh jujur pula mengakui, dia memang tidak tahu status Nonis sebagai seorang artis memandangkan dia banyak menghabiskan masa di luar negara.

Tetapi, semuanya terjawab apabila dia menghadiri sebuah majlis anjuran Persatuan Karyawan dan pada ketika itu Nonis turut menghadirinya dan menyanyi di majlis itu.

"Pertemuan saya dengan Nonis semuanya ditentukan oleh Allah dan inilah yang dinamakan takdir. Kalau mahu cari pengganti memang susah tetapi jalan itu dibuka apabila bertemu dengan Nonis.

"Saya juga masih sedang menyesuaikan diri kerana saya tahu apabila berkahwin dengan artis, tempias glamor itu terkena juga kepada kita.

"Malah, saya juga mengizinkan Nonis berlakon selepas ini kerana itu adalah bidangnya tetapi dia kena faham dan tahu membahagikan tugasnya," ujar Rosman yang kelihatan cukup segak dan tampan biarpun usianya sudah menjangkau lima dekad.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI