Penyanyi sensasi Scotland, Susan Boyle, mencatat sejarah tersendiri apabila album pertamanya melonjak ke tangga teratas carta Britain.
Menurut Carta Britain, Boyle, yang menjadi bintang terkenal dunia selepas muncul dalam rancangan realiti televisyen Britain, berjaya menjual lebih 410,000 unit album I Dreamed A Dream, sekali gus muncul sebagai album kemunculan pertama yang mencatat jualan tertinggi dalam sejarah carta Britain.
Album tersebut mencatat jualan lebih laris berbanding jualan lima album teratas carta termasuk kumpulan muzik JLS, Black Eyed Peas dan Queen, sementara lagu klasik Rolling Stone, Wild Horses yang dinyanyikannya berada di tempat kesembilan dalam carta 'single'.
Boyle dalam satu kenyataan berkata: "Ia sangat hebat."
Menurut jurucakap penyanyi itu, Boyle, 48, diramal akan mengisi cara-carta muzik di Amerika Syarikat (AS) dan albumnya juga telah mengatasi jualan album penyanyi Rihanna, Lady Gaga dan 50 Cent.
Walaupun industri menjangka album Boyle akan mencatat kutipan tinggi berdasarkan tempahan awal, pegawai Syarikat Rasmi Carta Britain menyifatkan ia sebagai satu kejayaan yang luar biasa.
"Pencapaian Boyle agak luar biasa. Selepas semua orang teruja dengan kemunculannya di rancangan Britain's Got Talent, semua pihak menjangkakan dia akan membawa impak besar apabila menerbitkan album pertama, namun muncul dengan kejayaan itu adalah satu yang luar biasa,'' kata Martin Talbot, dari syarikat tersebut.
Boyle memperdengarkan suaranya yang merdu, membayangi penampilannya yang tidak menarik dalam rancangan televisyen Britain's Got Talent, pada April lalu.
Rakaman video lagu nyanyiannya I Dreamed A Dream daripada pementasan teater muzikal Les Miserables telah menjadi tumpuan ramai di laman web YouTube, apabila ia disaksikan sekurang-kurangnya 100 juta pengguna Internet.
Biarpun dia hanya berjaya menduduki tempat kedua dalam rancangan realiti televisyen itu, Boyle berjaya memenangi hati peminat di seluruh dunia. - AFP
Lirik Lagu I Dreamed A Dream Lyrics Susan Boyle
0 Komen:
Post a Comment