Konsert Monsoon Cup 2009

Tuesday, December 01, 2009

Persembahan hiburan sepanjang Monsoon Cup 2009 di Pualu Doyung, Kuala Terengganu pasti meriah dengan pembabitan majalah hiburan sensasi, URTV terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. sebagai media rasmi berkaitan aktiviti hiburan.

Konsert pembuka tirai, Konsert Kick Off yang bermula pada 1 Disember itu nanti akan berlangsung di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu bermula pukul 9.00 malam. Barisan artis yang akan mengadakan persembahan ialah Dayang Nurfaezah, Dafi, Tomok, Elyana, Lan Kristal, Aizat, Ramlah Ram dan Jay Jay.
Dayang Nurfaizah

Konsert pada malam itu nanti akan diacarakan oleh dua pengacara sensasi, Farah Fauzana dan Reza AF.

Konsert itu dibawa oleh T-Best Events Sdn. Bhd. yang melantik majalah URTV sebagai penganjur konsert Kick-Off dan juga tiga konsert mini sepanjang Monsoon Cup 2009.

Selain Konsert Kick-Off, URTV juga menjayakan tiga konsert mini lain bermula pada 2 hingga 4 Disember 2009 bertempat di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & SPA Pulau Duyong.

Barisan artis yang terlibat dalam ketiga-tiga konsert mini ialah, Bob, Wana, Azlan & the Typewriter, Alya, Hafiz Hamidun, Suhaimi Hijjaz, Nadia, Ameng Spring, Aiman dan Shazroul.

Persembahan artis untuk ketiga-tiga konsert mini akan berlangsung selama sejam bermula 3.00 petang setiap hari.



Pengunjung yang datang ke Monsoon Cup 2009 juga akan dijamu dalam majlis Jamuan Rakyat yang diadakan pada 4 Disember 2009, di kawasan sekitar Ri-Yaz Heritage Marina Resort @ SPA Pulau Duyong.

Monsoon Cup 2009 merupakan pertandingan kapal layar bertaraf antarabangsa yang diadakan kali ke-5 di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Selain persembahan artis, Monsoon Cup juga menyediakan pelbagai aktiviti lain seperti sukan rakyat, pertandingan tarian kebudayaan, pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran scuba dan memancing serta bazaar makanan dan kraftangan.

Konsert ini akan dimulakan dengan memperkenalkan 12 pelayar-pelayar dunia yang akan bertanding di Monsoon Cup. Tahun ini Monsoon Cup merupakan lokasi terakhir bagi sirkit World Match Racing Tour, dan akan menentukan bukan hanya Juara Monsoon Cup 2009, tetapi juga Juara Dunia World Match Racing Tour.

Sumber: Mangga

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI