Tiger Woods tarik diri

Tuesday, December 01, 2009

Tiger Woods menarik diri daripada kejohanan golfnya sendiri kerana kecederaan akibat kemalangan berhampiran kediamannya di Florida.

Woods berkata, beliau tidak akan lagi beraksi sehingga tahun depan.

Dalam kenyataan di laman webnya, Woods berkata kecederaan menghalang beliau daripada beraksi dalam kejohanan Chevron World Challenge yang beliau anjur setiap tahun.

“Saya amat kecewa kerana saya tidak dapat menyertai kejohanan itu minggu ini. Saya yakin ia akan menjadi acara yang hebat dan saya kecewa tidak dapat berada di situ," kata Woods.

Keputusan beliau menarik diri itu dibuat selepas kemalangan kecil yang menyebabkan beliau luka selepas melanggar pili bomba dan pokok pada 2.25 pagi Jumaat lalu di luar kediamannya.

Dengan tidak menyertai kejohanan itu, Woods dapat mengelak daripada berhadapan dengan media yang inginkan butiran kejadian itu. - AP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI