The Chronicles of Narnia: The Voyage of The Dawn Treader

Friday, December 03, 2010

Meneroka alam fantasi dikenali Narnia memberi pelbagai pengalaman menarik yang menyeronokkan. Selepas kehadiran filem The Chronicles of Narnia: The Lion, The Witch And The Wardrobe (2005) diikuti The Chronicles of Narnia: Prince Caspian (2008), penonton pasti menantikan sekuel baru ditayangkan di pawagam.



Bermula 9 Disember ini, sekuel terbaru The Chronicles of Narnia: The Voyage of The Dawn Treader akan kembali menemui penonton.

Kali ini, pelakon Ben Barnes membawakan watak Raja Caspian, Georgie Henley sebagai Lucy Pevensie dan Skandar Keynes (Edmund Pevensie) masih dikekalkan.

Plot pula mengisahkan pengembaraan Lucy dan Pevensie bersama sepupu, Eustace Clarence Scrubb (lakonan Will Poulter) bertemu Raja Caspian mengikuti perjalanan bersama kapal diraja, The Dawn Treader.

Memberi rintangan, mereka bertemu dengan naga, haiwan kerdil dan sekumpulan pahlawan sebelum sampai ke satu destinasi di penghujung dunia.

Dalam mempromosikan filem ini, pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) memperkenalkan buku nota edisi terhad, The Chronicles of Narnia: The Voyage of The Dawn Treader.

Untuk mendapat buku ini, penonton boleh membeli GSC Combo 3 pada harga RM9.80 di pawagam GSC di Semenanjung manakala RM10 di pawagam GSC 1Borneo dan Suria, Sabah.

Bagi pengunjung di GSC Signature, pembelian Signature Combo 1 saiz besar bersama buku nota filem ini dijual pada harga RM13.30. Promosi ini bermula dari 2 Disember lalu dan bergantung sementara stok masih ada.

Berbanding dua sekuel sebelumnya, filem baru kali ini karya pertama ditayangkan dalam format 3D. Ini tentunya memberikan pengalaman berbeza kepada penonton yang berpeluang menyaksikan filem ini di pawagam terpilih bermula 2 Disember.

Dalam memberi keselesaan pada penonton agar tidak beratur panjang atau kecewa kerana kehabisan tiket, mereka juga boleh membuat tempahan tiket dan memilih tempat duduk sendiri menerusi kemudahan e-pembayaran GSC.

Pawagam GSC mempunyai 184 skrin termasuk GSC Maxx di 23 lokasi di seluruh negara termasuk Lembah Klang, Pulau Pinang, Sungai Petani, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuantan dan Kota Kinabalu.

Maklumat lanjut mengenai filem, jadual tayangan dan promosi GSC, boleh didapati menerusi laman sesawang, www.gsc.com.my atau www.gscmobile.com.my.


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI