Manusia zaman sekarang lebih cinta kepada kehidupan dunia

Wednesday, January 20, 2010

DARIPADA Abdullah bin Aufa, "Rasulullah SAW pada suatu hari menanti musuh sehingga matahari condong. Kemudian Baginda berdiri di hadapan orang ramai lalu bersabda: "Wahai saudara-saudara! Janganlah mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi jika kamu bertemu dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang. Kemudian Baginda berkata: Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka dan bantulah kami melawan mereka." (Hadis riwayat Bukhari)

Umat Islam khususnya di Malaysia hendaklah bersyukur dengan keamanan dikecapi selama ini dan janganlah sekali-kali bermusuh sesama sendiri atau sengaja mencari musuh kerana kesempatan seperti ini akan digunakan musuh Islam untuk melemah dan menghancurkan umat Islam.

Antara punca kelemahan umat Islam selain daripada ketiadaan perpaduan sesama mereka ialah wujudnya kecintaan kepada kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat meresap serta menjadi budaya hidup umat Islam.

Allah akan memasukkan perasaan berani dalam hati musuh Islam dan pada masa sama mencabut keberanian itu dari hati orang Islam lalu digantikan dengan perasaan penakut iaitu takut terhadap musuh Islam.

Allah berfirman bahawa nasib sesuatu umat tidak akan berubah melainkan mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya. Oleh itu, umat Islam hari ini perlu berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki kehidupan dan maruah mereka.

Sesungguhnya hanya orang yang bijak dan tegas mempertahankan agama Allah serta beriman dan beramal soleh saja berhak mendapat pertolongan Allah dalam menghadapi ancaman musuh.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI