Tahun Baru Cina: Pelatih PLKN bercuti 12-16 Feb

Monday, January 04, 2010

Semua pelatih Program Latihan khidmat Negara (PLKN) di 79 kem di seluruh negara akan dibenarkan pulang sempena cuti Tahun Baru Cina pada 12 Februari depan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) membuat keputusan membenarkan pelatih pulang sebelum jamuan tradisi makan sekeluarga masyarakat Cina pada malam sebelum perayaan itu.

Para pelatih diberi pelepasan lima hari dan dikehendaki menjalani latihan semula pada 17 Februari.

Dr. Abdul Latiff berharap ibu bapa boleh menjemput anak mereka di kem masing-masing kerana JLKN tidak menyediakan kemudahan tambang atau pengangkutan untuk para pelatih.

"Kami juga akan menyediakan makan dan upacara sempena Tahun Baru Cina kepada mereka yang tidak dapat pulang tetapi biasanya majoriti akan pulang,” katanya. – Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI