Drama Lorong Skop Production

Thursday, August 12, 2010

Sememangnya pencapaian drama terbitan Skop Productions itu sukar digugat dan kemunculan drama baru berjudul Lorong terbitan Kacip Pictures Sdn Bhd hanyalah sebagai mewarnai lagi drama bercorak kepolisian di Malaysia.

Jurey Rosli selaku pengarah drama Lorong, berkata drama ini mempunyai keunikan tersendiri berbanding drama kepolisian yang membanjiri kaca televisyen.

"Drama ini mampu menarik minat penonton kerana konsepnya berlainan daripada Gerak Khas. Ia menggabungkan peranan wartawan dan pihak berkuasa dalam menyelesaikan pelbagai masalah sosial yang berlaku di negara ini.

"Iqram Dinzly memegang peranan utama dalam drama ini dan melakonkan watak wartawan jenayah bernama Ashraf. Masih baru dalam bidang kewartawanan namun begitu komited untuk membongkar permasalahan sosial yang berlaku.

"Menyelami keadaan sebenar yang berlaku di lorong-lorong yang jauh daripada pandangan masyarakat dia sendiri menyamar menjadi sebahagian komuniti bermasalah itu.

"Selain melaporkan, dia juga menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa untuk membantu mereka supaya sama-sama dapat mencari jalan penyelesaian," katanya.

Ditemui pada majlis pelancaran drama Lorong di Saloma Bistro, Isnin lalu, Jurey Rosli menambah, peranan media terhadap masyarakat sangat besar.

Disebabkan itulah kerjaya mencabar wartawan diangkat menerusi drama ini untuk membuka mata penonton bahawa bidang kewartawanan adalah pekerjaan yang murni.

"Kita mahu mempromosikan bidang kewartawanan sebagai satu pekerjaan yang dapat memberikan impak besar terhadap masyarakat.

"Penulisan, penyiasatan dan laporan mereka terbukti bukan saja membantu pihak berkuasa tetapi juga menyelesaikan pelbagai permasalahan membabitkan orang ramai.

"Pendek kata drama ini membawa penonton menyorot lebih mendalam dunia kewartawanan," katanya.

Sebanyak 13 episod bersiaran, drama yang belum menemui waktu serta tarikh siaran ini menjalani proses penggambaran selama sebulan bermula Mei hingga Jun lalu. Lokasinya diadakan sekitar Kuala Lumpur antaranya Lorong Haji Taib.

Jurey Rosli menambah, tiada sebarang kesulitan dialami sepanjang penggambaran diadakan kerana seluruh pelakon dan tenaga produksi memberikan komitmen yang baik.

"Isu-isu yang diketengahkan menerusi 13 episod akan disiarkan nanti berhubung permasalahan seperti pembuangan bayi yang semakin meruncing, dadah, rasuah dan isteri membunuh suami yang curang.



Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI