Tambak Johor tak relevan - Tun Mahathir

Thursday, April 17, 2014

Tambak Johor tak relevan

Seri Iskandar: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap cadangan jambatan baru antara Malaysia dan Singapura yang dikenali sebagai Jambatan Persahabatan dapat dibina di kawasan Tambak Johor.

Menurutnya, Tambak Johor sudah tidak relevan dalam dunia moden sekarang menyebabkan pelbagai masalah terutama membabitkan isu alam sekitar kerana menyekat laluan air Selat Tebrau dan masalah kesesakan lalu lintas di Johor Bahru.

"Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru kerana jambatan tidak dibina.

"Ia perlu dirobohkan, jika tidak tak adalah persahabatan," katanya selepas menyampaikan Syarahan Umum Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) bertajuk 'Pemimpin Dalam Masyarakat Hari Ini: Isu, Cabaran dan Masa Hadapan' di UTP di sini, semalam.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI