Duit kahwin RM150,000 lebur diguna upacara tarik duit
Akibat terlalu percayakan dua rakan bergelar ustaz, seorang lelaki kini tenggelam punca apabila wang untuk majlis perkahwinannya sebanyak RM150,000 lebur di tangan 'Sheikh Sudan' dua beranak.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Amin, 28, berkata, dia setuju meminjamkan wang kepada dua rakannya itu atas dasar percaya dan bagi membalas jasa mereka yang pernah menolongnya sebelum ini.
"Saya sama sekali tidak menyangka mereka menyerahkan pula wang itu kepada dua beranak dari Sudan yang mereka panggil Sheikh untuk upacara tarik duit," katanya.
Amin berkata, ketika mahu meminjam wang, dua rakannya yang bergelar ustaz itu memberi alasan mereka memerlukan wang untuk perniagaan dan berjanji membayar semula dalam tempoh lima jam.
Menurutnya, kejadian itu berlaku awal Mac lalu dan kini dia pening memikirkan bagaimana mahu meneruskan majlis perkahwinannya yang dijadual Jun depan kerana masih gagal mendapatkan wangnya semula.
"Saya serahkan duit kepada mereka dalam mata wang Amerika Syarikat iaitu AS$45,000. Mereka kata akan serah balik wang saya dalam tempoh lima jam.
"Tapi lima jam kemudian, mereka datang kepada saya dan beritahu wang masih tidak ada dan perlu tunggu sehari lagi. Waktu itu, saya masih percaya kata-kata mereka," katanya ketika ditemui selepas membuat aduan kepada aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, (PPIM) Yusuf Azmi, di sini.
Amin berkata, selepas sehari berlalu dua rakannya itu gagal memberi semula wang sebagaimana dijanjikan dan selepas didesak mereka akhirnya memberitahu wang itu diserahkan kepada dua beranak dari Sudan yang mereka gelar Sheikh.
"Selepas saya desak barulah mereka berterus terang wang saya yang mereka pinjam itu sebenarnya digunakan untuk pemujaan tarik duit oleh Sheikh Sudan dua beranak yang dilakukan di sebuah inap desa di Gombak," katanya.
Menurutnya, dua rakannya itu masih menaruh harapan yang upacara itu berjaya dan wang AS$45,000 itu menjadi berlipat ganda.
"Kata mereka, saya perlu bersabar kerana upacara sembahyang yang dilakukan Sheikh Sudan dua beranak itu belum selesai. Masalahnya, setiap kali saya tanya, alasan sama diberikan menyebabkan saya yakin yang saya ditipu," katanya.
Amin berkata, dia kemudian meminta dua ustaz berkenaan mengganti semula wangnya, namun seorang daripada mereka hanya mampu menyerahkan geran sebuah pangsapuri di Jalan Ipoh sebagai ganti.
"Namun nilainya tidak sampai separuh dari jumlah wang saya yang mereka ambil. Mereka kemudian membawa saya berjumpa dengan 'Sheikh Sudan' terbabit.
"Lebih menyakitkan hati dua Sheikh itu bukannya memulangkan wang saya tapi meminta lagi tambahan RM15,000 daripada saya, kononnya untuk melengkapkan upacara tarik duit," katanya yang juga seorang ahli perniagaan.
Amin berkata, dalam pertemuan itu, dua beranak terbabit menunjukkan kepadanya helaian kertas putih kosong bersaiz wang kertas AS$100 yang mereka dakwa akan ditukarkan dengan duit.
"Saya tak dapat terima alasan itu dan dengan bantuan PPIM dua Sheikh Sudan itu ditahan untuk tindakan lanjut dan saya membuat laporan di Balai Polis Ampang sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. ~ Harian Metro

0 Komen:
Post a Comment