Usah hanya bergantung kepada simpanan KWSP
Adam dan Aida akhirnya boleh berasa lega kerana kini anak mereka, Alisa dan Aiman kedua-duanya tinggal sendiri.
Masa berlalu begitu pantas semasa mereka begitu sibuk dengan kehidupan anak-anak mereka tetapi kini rumah sunyi kembali dan mereka akhirnya dapat meluangkan sedikit masa bagi diri mereka sendiri.
Mari kita lihat bagaimana mereka menguruskan “kebebasan” yang dikecapi semula.
Adam membaca brosur pakej percutian manakala Aida pula mengambil salah satu novel kegemarannya. Adam menegurnya lalu berkata, “Sayang, mari kita pergi berbulan madu buat kali kedua?”. Dia merancang untuk membawa isteri kesayangannya belayar makan angin dan tiada masa sebaik ini untuk pergi menikmati cuti yang telah lama mereka idamkan… berdua-duaan sahaja! Adam dan Aida sekarang berumur lewat 40-an dan cuma beberapa tahun lagi sebelum mereka bersara.
Salah satu beban kewangan terbesar mereka sudah tiada lagi kerana kedua-dua anak mereka telah tamat belajar dan kini bekerja di luar negara. Sekarang, mereka hanya perlu memikirkan tentang dana persaraan mereka sahaja.
Ramai orang tidak betul-betul merancang bagi persaraan mereka sehingga semua kewajipan mereka yang lain dipenuhi, terutamanya membiayai pendidikan anak-anak. Ini boleh difahami kerana kebanyakan orang cenderung mengutamakan keperluan mereka berdasarkan kesegeraan dan mungkin tidak ada masa yang cukup untuk menabung bagi persaraan mereka.
Ramai orang hanya bergantung kepada simpanan KWSP yang mungkin tidak mencukupi. Tentulah, masa paling baik untuk mula merancang bagi persaraan adalah semasa anda baru mula bekerja.
Anda patut menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan dalam dana persaraan berasingan (selain KWSP) dan biarkannya bertambah dari tahun ke tahun.
Kebanyakan orang, terutamanya ibu bapa, mempunyai kecenderungan mengeluarkan wang simpanan ini untuk membiayai pendidikan anak-anak apabila tiba masa anak mereka masuk kolej.
Jadi, bagaimanakah kita patut menguruskan kewangan kita semasa fasa hidup kita ini, terutamanya jika kita tidak banyak menyimpan bagi masa tua kita?
Mari kita lihat beberapa strategi:
Atur semula belanjawan
Ya, kita patut meneruskan tabiat menyediakan belanjawan dan yang penting, kita mengikutinya.
Pada fasa hidup kita ini, kita patut dapat membayangkan gaya hidup persaraan dengan lebih jelas dan tepat.
Oleh itu, kita harus menyemak semula belanjawan dan membuat penyelarasan yang wajar untuk menggambarkan gaya hidup selepas persaraan kita dengan lebih tepat, dengan mengambil kira faktor dan kecemasan-kecemasan lain.
Peruntukan semula
Oleh sebab anda sudah biasa menyimpan bagi pendidikan anak selama ini, adalah tidak terlalu sukar bagi anda untuk teruskan tabiat ini.
Namun demikian, anda patut memperuntukkan semula semua yang anda telah simpan bagi pendidikan anak anda ke dalam dana persaraan anda.
Jangan sesekali fikir anda kini ada pendapatan yang boleh digunakan begitu sahaja dan boleh membelanjakan semuanya untuk berlayar mengelilingi dunia atau membeli kereta baru.
Salurkan semua simpanan ini ke dalam dana persaraan sebagai tambahan bagi simpanan KWSP anda.
Nilai semula
Sebelum anda boleh melaksanakan rancangan persaraan yang realistik, anda mestilah membuat penilaian risiko kewangan yang boleh memberi kesan kepada persaraan anda:
- Pertimbangkan jangka hayat keluarga anda. Jika keluarga anda mempunyai gen berjangka hayat lebih panjang, buat jangkaan bahawa anda akan hidup lebih lama
- Pertimbangkan kesan inflasi terhadap kuasa pembelian masa depan bagi wang anda hari ini. Anda mungkin hanya mampu membeli separuh daripada sebuku roti dengan jumlah wang yang sama anda belanjakan untuk sebuku roti hari ini
- Semak semula peruntukan aset pelaburan anda. Peruntukan aset yang terlalu konservatif mungkin mendedahkan anda kepada risiko tidak mampu mengatasi inflasi
- Berdisiplin terhadap amaun yang anda keluarkan daripada dana persaraan supaya aset persaraan anda tidak berkurangan dengan terlalu cepat
- Ambil kira kos penjagaan kesihatan yang melambung naik. Apabila kita meningkat tua, kos penjagaan kesihatan juga semakin naik secara serentak dan boleh menjejas tabungan anda dengan ketara sekiranya anda tidak memiliki pelan insurans kesihatan yang komprehensif
- Pertimbangkan risiko yang paling besar bagi anda dan ambillah langkah yang perlu untuk meminimumkan kesannya
Hitung semula
Selepas mempertimbangkan perkara di atas, anda mungkin mahu menghitung semula keperluan pendanaan persaraan anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut (lihat jadual).
Anda boleh dapatkan khidmat seorang perancang kewangan atau melayari internet untuk kalkulator perancangan persaraan yang terdapat di banyak laman web.
Bersantai
Selepas melalui semua yang di atas, tibalah masanya untuk anda duduk dengan novel kegemaran anda dan secawan kopi-kaw atau teh-tarik dan bersantai! Lagipun, anda sudah melakukan yang terbaik dan anda berhak untuk mendapat rehat yang sempurna.
Anda mestilah mengambil perhatian bahawa perancangan persaraan anda patut merangkumi pengurangan hutang, tiada hutang baru, mempelbagaikan pelaburan dan yang paling penting, mengekalkan kesihatan yang baik melalui pemakanan yang betul dan bersenam
secara tetap.
Persoalan mengenai kesihatan amat penting apabila sudah tua kerana penjagaan kesihatan boleh memakan perbelanjaan yang besar dan boleh menghabiskan simpanan persaraan anda.
Walaupun anda mempunyai insurans perubatan dan kritikal yang meliputi bil kemasukan ke hospital, pembedahan, penyakit dan ketidakupayaan yang kritikal, ini mungkin tidak merangkumi atau tidak cukup untuk membiayai semua prosedur dan preskripsi yang sebenarnya patut anda jalani.
Oleh sebab itu, perancangan persaraan yang cukup perlu dibuat untuk mengekalkan dan menjalani kehidupan yang sihat.
Individu yang memerlukan khidmat nasihat kewangan secara percuma boleh hubungi AKPK di nombor telefon 1-800-88-2575 atau layari laman web www.akpk.org.my
~ SH

0 Komen:
Post a Comment