Kira-kira 480,000 kumpulan pendidik dalam sektor perguruan di negara ini bakal menerima faedah menerusi peruntukan Bajet 2012.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan secara terpeinci faedah yang bakal dinikmati kumpulan berkenaan menerusi bajet yang diperuntukan kepada Kementerian Pejaranpada awal November depan.
"Banyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri bagi memperkasakan perkhidmatan awam termasuk sektor pendidikan dan perguruan.
"Secara terpeinci akan saya umumkan pada awal November depan mengenai apakah kandungan yang bakal dinikmati oleh guru-guru yang jumlah mereka adalah satu per tiga daripada keseluruhan penjawat awam,"katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Jumaat.
Selain itu Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi Bajet 2012 kerana banyak memberi tumpuan kepada sektor pendidikan.
"Banyak sekali faedah yang bakal dinikmati seperti bantuan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah serta bantuan persekolahan," katanya.
Bajet 2012: Faedah Guru Diumum November
Entri Lain
- Menantu & Mertua: Toleransi Asas Kedamaian
- 1 bilion manusia bakal jadi pekak guna fon telinga
- 15.2 Per Cent Of Adults Are Obese
- Artis menagih dadah cemar industri hiburan
- Tip Membeli Telefon Pintar (Smartphone)
- Berbelanja berhemat untuk rayakan Tahun Baru Cina
- Daniela (isteri pemain bola sepak Rodriguez) pernah diejek kerana hodoh
- Jenama kasut Aliph,kini tinggal sejarah dan barang koleksi
- Isu Gelandangan: Pengurusan Masjid Beri Pandangan Berbeza
- Penganalisis: Tidak perlu isytihar darurat bencana
Permalink: Bajet 2012: Faedah Guru Diumum November
Categories Artikel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment