Bekas pengasuh Firdaus (remaja OKU) sanggup jaga sekali lagi

Monday, June 23, 2014

Bekas pengasuh Firdaus (remaja OKU) sanggup jaga sekali lagi

Bekas pengasuh remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui kurus kering dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak Taman Semarak, Nilai dekat sini rela menjaga remaja malang itu.

Norfitri Radius, 42, berkata, dia sanggup menjaga Muhammad Firdaus Dullah, 15, sekiranya diberi kebenaran oleh pihak berkuasa.

Norfitri pernah menjaga remaja malang itu kira-kira lapan tahun iaitu pada 2003 sebelum berkahwin dan berpindah ke Gemencheh, Tampin dekat sini, tiga tahun lalu.

"Sepanjang saya menjaganya dulu, walaupun dia OKU tetapi badannya sihat dan berisi. Kadang-kala saya membawanya ke pantai di Port Dickson untuk diberi rawatan tradisional sehingga dia boleh berjalan sikit.

Menurutnya, dia mengetahui berita penderitaan Muhammad Firdaus yang tidak terurus bercampur najis dan air kencing ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu 6P, semalam dan tidak menyangka anak yang pernah dijaganya seperti anak sendiri menjadi seperti mayat hidup.

"Selepas melihat berita itu, saya segera menghubungi ibu Firdaus dan wanita itu mengakui itu anaknya dan menceritakan perkara sebenar kenapa Firdaus ditinggalkan dan terabai sedemikian rupa.

"Saya faham masalah yang dihadapinya sebab kami seperti adik beradik sentiasa berkongsi cerita dan masalah. Kali terakhir saya menghubunginya dua minggu lalu bertanyakan khabar dan dia memberitahu Firdaus sihat cuma tidak selera makan," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, hari ini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI