Majikan kepada ibu remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui dalam keadaan tragis dan menyayat hati Sabtu lalu akan memberi bantuan kepada keluarga tersebut sehingga proses perundangan selesai.
Ketua Pegawai Eksekutif Brahims Airline Catering, Ainul Hasnizam Abu Hassan berkata, buat permulaan, syarikat berkenaan akan menyumbangkan sebanyak RM5,000 kepada wanita tersebut yang kini ditahan reman oleh polis bagi membiayai perbelanjaannya dan anak-anak.
Katanya, sumbangan berkenaan akan diberikan kepada wanita tersebut yang merupakan pekerja penyajian di syarikat itu selepas dia keluar dari tahanan.
"Syarikat masih menganggap dia sebagai pekerja melainkan apa-apa perkara di luar kawalan berlaku. Beliau akan diberi cuti khas selama sebulan jika dibenarkan keluar dari tahanan bagi menguruskan masalahnya," katanya di sini hari ini.
Sabtu lalu, Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan tubuhnya kurus kering, kotor, hanya memakai baju T yang sudah koyak dan reput serta berlumuran najis di Flat Taman Semarak oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan yang melakukan Operasi Bersepadu 6P bagi memburu pendatang asing tanpa izin.
Menurut Ainul Hasnizam, wakil syarikat tersebut juga telah berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mengadakan lawatan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk melihat sendiri keadaan Muhammad Firdaus selain membuat pertemuan dengan bekas pengasuh anak-anak pekerjanya itu.
Katanya, wakil syarikat itu yang mengadakan perbincangan dengan JKM turut menyatakan akan menanggung segala perbelanjaan rawatan hospital anak-anak wanita tersebut dan akan membayar kepada pengasuh perbelanjaan mengurus mereka.
"Dalam rekod syarikat, wanita ini tidak pernah mengadukan masalahnya kepada ketua jabatan, kesatuan yang dianggotainya dan Jabatan Modal Insan, katanya.
~ Utusan

0 Komen:
Post a Comment