KDN diarah bentang akta haramkan ketum
JOHOR BAHRU 25 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) membentangkan akta bagi mengharamkan segera penggunaan daun ketum di Dewan Rakyat.
Perdana Menteri berkata, langkah tersebut perlu dimulakan segera oleh pihak terlibat dalam usaha membanteras masalah ketagihan bahan berkenaan daripada terus berleluasa di negara ini terutamanya membabitkan golongan muda.
"Saya minta KDN membentangkan satu akta untuk haramkan daun ketum dan ambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat dan kalau ada ladang ketum ia perlu dimusnahkan.
"Kita perlu mulakan langkah itu dan saya yakin ia bukan susah," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Ke-39 dan Pelancaran Pelan Tindakan Strategik Pemadam Johor di sini malam ini.
Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Yang Dipertua Pemadam, Datuk Johari Baharom.
Perdana Menteri berkata, penyalahgunaan dadah jelas menjadi ancaman kepada keselamatan serta mampu menjadi pemusnah ketamadunan dan kesannya dapat dilihat daripada kesengsaraan keluarga dan individu jika seseorang menjadi penagih.
Sehubungan itu katanya, usaha menangani dadah perlu dipandang serius sebelum masalah itu menjadi parah dan usaha secara kolektif, bersepadu, tersusun dan terancang perlu dilakukan.
~ utusan

0 Komen:
Post a Comment