Teka-Teki Lawak

Tuesday, August 04, 2009

TEKA - TEKI :
Hitam dan berpeluh.. Apekah itu ?
JAWAPAN :
Semut hitam tengah berjogging.

TEKA - TEKI:
Ape benda bila masuk segitiga bila keluar bergulung-gulung
JAWAPAN :
Seluar dalam ler..haha

TEKA - TEKI :
Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu
yang paling tinggi?
JAWAPAN :
Kuih lepat liat la. Sebab kapal terbang sampai langit sahaja, tapi kuih
lepat sampai lelangit.

TEKA - TEKI : Dalam banyak - banyak kotak, kotak apa yang ta boleh angkat?
JAWAPAN :
Kotak penaltilah.

TEKA - TEKI :
Kenapa penggali kubur gali kubur ta pakai selipar ?
JAWAPAN :
Selipar mana boleh buat gali tanah,guna cangkol sahaja boleh.

TEKA - TEKI :
3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
JAWAPAN :
Koboi naik kuda sambil membawa seekor ayam.

TEKA - TEKI :
Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan pula. Apakah ?
JAWAPAN :
Lilin masa sambut 'EPI BESHDAY'.

TEKA - TEKI :
Scorpion colour apa?
JAWAPAN :
Kala jengking lah. Senang pun takleh nak jawab!

TEKA - TEKI :
Dalam banyak-banyak kera, kera ape yg pandai menaip?
JAWAPAN :
Kerani

TEKA - TEKI :
Ada sorang imam, tengah sembahyang selepas itu ada seekor anjing lalu depan
dia. Pastu dia menjilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMBAHYANG IMAM TU ?
JAWAPAN :
Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

TEKA - TEKI :
4 org awek cun berpayung dengan satu payung tapi mengapa tak basah langsung ?
JAWAPAN :
Sebab tak hujan.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI