Nik Aziz ubah doa bala

Thursday, December 03, 2009

Setelah dikecam hebat kerana meminta orang ramai secara umum mendoakan keburukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak jika Perdana Menteri tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menukar sedikit saranannya itu dengan meminta agar doa itu dibuat secara individu.

"Oleh kerana Perdana Menteri terasa hati bahawa sebut nama dia dalam doa, maka saya minta tidak sebut secara beramai-ramai hanya disebut bersendirian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.

Beliau sebelum ini meminta orang ramai mendoakan agar Najib mengubah fikiran supaya memberikan royalti minyak itu dan jika Perdana Menteri gagal berbuat demikian orang ramai hendaklah mendoakan supaya Najib 'ditimpa kemusnahan'.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI