MALAYSIA membelasah Timor Leste 11-0 dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan A Sukan Sea Laos di Stadium Nasional di Vientiane, petang tadi.
Penyerang, Ahmad Fakri Saarani melakukan hatrik manakala seorang lagi penyerang, Norshahrul Idlan Talaha menyumbangkan dua gol.
Zaquan Adha Abdul Razak, Baddrol Baktiar, Amirulhadi Zainal, Amar Rohidan, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Razak masing-masing menyumbangkan satu gol bagi membolehkan Malaysia mencatatkan kejayaan paling besar dalam sejarah sukan berkenaan.
Malaysia akan menentang Vietnam dalam perlawanan kedua Ahad ini, Kemboja dua hari kemudian sebelum berdepan juara bertahan, Thailand 11 Disember.
Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional, kecuali perlawanan menentang Kemboja yang akan diadakan di Stadium Chao Anouvong.
Sukan Sea: Malaysia catat kemenangan besar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment