14 November tarikh pilihan raya baru Thailand

Tuesday, May 04, 2010

Abhisit umum 14 November tarikh pilihan raya baru Thailand sekiranya penunjuk perasaan anti kerajaan menerima rancangan perdamaian dan mengembalikan semula keamanan dan kestabilan negara itu.

Abhisit membuat tawaran tersebut ketika menyampaikan ucapan secara langsung di siaran televisyen malam ini, lapan minggu selepas demonstrasi dilakukan di ibu negara itu yang turut menyebabkan seramai 27 penduduk terbunuh.

Menurutnya, beliau akan akan meneruskan rancangan perdamaian itu meskipun penunjuk perasaan Baju Merah yang menguasai pusat bandar Bangkok menolaknya.

Namun, dalam kes itu, katanya, beliau tidak boleh menetapkan lagi tarikh untuk pilihan raya tersebut.

Baju Merah mendakwa Abhisit memiliki kuasa secara haram selepas mendapat bantuan tentera.

Mereka turut menggesa pembubaran Parlimen dengan memberi tempoh selama 30 hari atau kurang daripada itu. - AP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI