Cerita Teh Tarik F&N di TV3

Wednesday, May 05, 2010

Teh tarik selalunya menjalin ikatan di sebalik pergaulan mesra kita setiap hari yang membentuk sebahagian daripada latar belakang banyak kenangan manis kita, sama ada dengan sahabat handai ataupun keluarga.


Teh tarik adalah sebahagian budaya sosial berbilang kaum Malaysia dan F&N banyak menyumbang untuk membolehkannya berlaku. Jadi, rancangan ini juga bertujuan untuk menegakkan budaya teh tarik Malaysia kita yang unik.

“Wira yang tidak dicanangkan ialah Susu Pekat F&N – kegemaran rakyat Malaysia yang juga telah sekian lama sinonim dengan teh tarik di Malaysia.

“Cerita Teh Tarik F&N meneruskan hubungan rapat F&N dengan teh tarik iaitu minuman kegemaran Malaysia, sambil mengukuhkan semangat silaturahim Malaysia menerusi mesej penting seperti perpaduan, ikatan keluarga, persahabatan, perdamaian dan resolusi positif dengan berkongsi saat berharga, kenangan istimewa dan suka dan duka, atau cerita teh tarik yang memberi inspirasi,” kata Chan.

Setiap episod membawakan tema dan subjek tertentu, daripada tarian dan muzik hingga lukisan, sukan dan animasi, dengan tumpuan kepada warga Malaysia dari seluruh negara seperti selebriti termasuk Alam, sensasi b-boy Malaysia, yang memenangi pertandingan So You Think You Can Dance bersama Wakaka Crew, dan kumpulan rock Malaysia yang terkenal, Estranged; seniman Malaysia yang berbakat seperti dua beradik Ajis dan Ronnie Mohammad yang berkongsi minat melukis; dan pencipta serta bakat di sebalik Upin dan Ipin.

Terdapat juga episod mengenai persahabatan antara anggota Kelab RX8 Malaysia, manakala dua episod lagi mengupas kasih sayang antara pasangan yang baru berkahwin dan seorang ibu yang baru ditemukan semula dengan anak-anak perempuannya setelah terpisah selama 50 tahun.

Chan yakin Cerita Teh Tarik F&N akan menarik warga Malaysia dari segenap lapisan masyarakat kerana ia menyentuh isu yang dekat di hati kita dan tersulam dalam budaya kita.

“Setiap episod mempunyai elemen yang pastinya menarik sesetengah golongan masyarakat, tetapi jangan tertinggal mana-mana episod kerana setiap satu memberi perspektif baru tentang topik yang diketengahkan.

“Anda mungkin fikir anda tahu al-kisah cerita yang dipaparkan tetapi hakikatnya banyak yang anda boleh pelajari daripada setiap episod. Jadi, saya berharap rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat akan menonton rancangan ini,” jelasnya.

Menurut Chan lagi, F&N Dairies telah banyak melabur untuk promosi rancangan ini, termasuk menganjurkan peraduan SMS mingguan yang mengaitkan rancangan Cerita Teh Tarik F&N, bagi menggalakkan orang ramai menonton.

Selain F&N Teh Tarik Roadshow dan aktiviti persampelan, terdapat juga promosi pengguna dan program tebusan yang menawarkan hadiah menarik termasuk Hadiah Utama TV plasma 60 inci dan pelbagai produk elektronik lain dan satu set bingkai gambar unik untuk pengguna merakamkan detik teh tarik istimewa tersendiri.

Acara pelancaran rancangan ini termasuk persembahan langsung oleh Alam dan Wakaka Crew serta Funky Girls, manakala Ronnie Mohammad mengambil peluang untuk menghadiahkan lukisannya yang menggambarkan aktiviti teh tarik kepada F&N Dairies sebagai tanda penghargaan kerana memaparkan hasil karyanya dalam rancangan ini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI