Makin ramai duda, janda di Kuwait

Wednesday, October 06, 2010

Kadar perceraian tinggi di Kuwait dilaporkan berterusan selepas pihak berkuasa mendakwa 3,153 kes perceraian dicatatkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Jumlah keseluruhan perceraian dicatatkan 5,965 kes, tahun lalu.
Sementara itu, bilangan perkahwinan pula menurun selepas pihak berkuasa mencatatkan 6,914 perkahwinan pada enam bulan pertama tahun ini berbanding 14,155 pada 2009.
“Bilangan perkahwinan dan kes perceraian menjadikan kadar perceraian 42 peratus, antara yang tertinggi di dunia,” menurut kenyataan jabatan kerajaan.

Bagaimanapun, ketua pengesahan perundangan, Waleed Al Mawash, berkata, hanya lima peratus daripada kes perceraian diumumkan tahun ini berkaitan perkahwinan dalam enam bulan pertama 2010.

“Bilangan tinggi kadar perceraian membabitkan perkahwinan sejak beberapa tahun lalu,” katanya. – Agensi


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.


Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI