Tiada hubungan istimewa Abd. Aziz-Siti Rohana - Ibu

Wednesday, August 04, 2010

“Arwah anak saya bukan isteri kedua Allahyarham Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh tetapi hanya sebagai seorang kerani dan tiada apa-apa hubungan istimewa antara kedua-dua mereka”. Demikian penjelasan Siti Badariah Ahmad, 62, ibu kepada Siti Rohana Ismat, 43, yang ditemui mati bersama bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Permatang itu semalam.

Siti Rohana Ismat



Beliau berkata, Siti Rohana, yang juga Naib Ketua Wanita Umno Tanjung Karang mengenali Abdul Aziz, 64, sejak Abdul Aziz menjadi wakil rakyat di kawasan Permatang.

"Dahulu pun orang ingat dan cakap anak saya ada hubungan istimewa dengan Datuk Aziz tetapi hubungan mereka sebenarnya tidak lebih daripada majikan dengan pekerja sahaja. Sebagai seorang kerani, dia mestilah selalu mengikut bosnya untuk menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang dekat sini.

Menurut Siti Badariah, tiada sebab bagi arwah anaknya menjadi isteri kedua kepada Abdul Aziz kerana Siti Rohana sudah memiliki segala-galanya termasuk rumah, kereta dan perniagaan sendiri.

Katanya, sejak bercerai dengan Abdul Aziz Hamim, 43, lima tahun lepas, anaknya yang aktif berpolitik terpaksa bekerja keras demi mencari rezeki untuk mereka empat beranak. - Bernama

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI