Facebook tidak popular seperti disangka,banyak akaun palsu

Sunday, March 11, 2012

Facebook sebenarnya tidak terlalu popular seperti yang disangka semua pihak.

Laman web sosial terkemuka itu kelmarin mendedahkan, jumlah 845 juta penggunanya tidak tepat kerana kiraan tersebut turut mengambil kira pengguna palsu, sama ada akaun pengguna biasa dipalsukan atau pembukaan akaun pendua.


Melalui laporan keselamatan syarikat itu, Facebook menganggarkan antara lima hingga enam peratus akaun penggunanya termasuk dalam senarai palsu atau dipalsukan iaitu antara 42 juta hingga 51 juta akaun.

Laporan yang sama juga menyatakan, laman tersebut telah menjana pendapatan baru bernilai AS$8 bilion (RM25 bilion).

Menurut syarikat itu, dana tersebut akan digunakan bagi membayar perbelanjaan korporat umum, membiayai cukai liabiliti pekerja dan juga menampung 13 kos pertikaian hak paten dengan Yahoo.

Awal tahun ini, Facebook menyatakan keinginan untuk melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) di mana ia berharap dapat meningkatkan sehingga AS$5 bilion nilai syarikat, iaitu antara AS$75 bilion (RM232.5 bilion) dan AS$100 bilion (RM310 bilion). - AGENSI

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI