Pameran Bonsai dan Orkid Kuala Lumpur 2012
Untuk mempromosikan Taman Botani Perdana kepada pengunjung tempatan dan luar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Pameran Bonsai dan Orkid Kuala Lumpur 2012 di taman itu, bermula 23 hingga 27 Mac ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, pameran julung kali itu sempena penganjuran Formula Satu (F1) di Sepang dan kehadiran pelancong dari luar di harap akan dapat memeriahkan lagi acara itu.
Menurutnya, ini adalah aktiviti pertama yang diadakan di taman itu sejak dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 Jun tahun lalu dan pelbagai acara menarik disediakan bertujuan memberikan pendedahan mengenai bonsai dan orkid kepada pengunjung.
Katanya, pelbagai aktiviti menarik disediakan meliputi keseluruhan peringkat umur seperti pertandingan grafiti bertemakan flora, pertandingan melukis dan mewarna, persembahan kebudayaan, pertandingan gubahan dan pelbagai lagi aktiviti lain.
“Bagi menarik orang ramai terutamanya golongan muda, pada 24 Mac ini kami akan membawa bintang bola sepak terkenal dunia seperti Fernando Morientes, Fabio Cannavaro dan Michel Salgado. “Saya berharap seramai mungkin pengunjung hadir, lebih-lebih lagi tiada bayaran dikenakan,” katanya.
Pameran Bonsai dan Orkid Kuala Lumpur 2012 , 23 - 27 Mac
Entri Lain
Permalink: Pameran Bonsai dan Orkid Kuala Lumpur 2012 , 23 - 27 Mac
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment