Suparwono, lelaki tertinggi Indonesia meninggal dunia

Saturday, March 03, 2012

Suparwono, lelaki tertinggi di Indonesia, dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Tulang Bawang, wilayah Lampung.

Berita mengenai pemuda berusia 27 tahun itu, yang juga merupakan ikon Lampung, tersebar luas di dalam laman-laman sosial Facebook dan Twitter.


Bagaimanapun, punca kematian lelaki yang mempunyai ketinggian 2.71 meter itu masih belum diketahui walaupun ada laporan yang mengatakan sakit perut sebagai punca.

Keluarga Suparwono juga masih belum mengesahkan perkara tersebut dan pihak media sukar mendapatkan maklumat ekoran rumah lelaki itu yang terletak di kawasan pendalaman dan keadaan jalan sangat teruk.

Kali terakhir Suparwono, lelaki ketiga tertinggi di dunia ini muncul di khalayak ramai adalah pada 22 Oktober 2011 semasa majlis pembukaan Festival Krakatau.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI