Penulis tanpa mengira usia, bangsa dan lokasi dijemput menyertai Sayembara Novel 1Malaysia. Sayembara yang dikendalikan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) itu terbuka kepada semua penulis dari seluruh dunia tetapi disyaratkan karyanya harus dalam bahasa Melayu.
Sayembara Novel 1Malaysia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu ketika majlis penutupan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa.
Sayembara adalah sebagai tanda komitmen kerajaan untuk menyebarluaskan bahasa Melayu di persada dunia. Sayembara ini dijangka akan menghasilkan lebih banyak karya sastera bermutu dalam bahasa Melayu yang bercitrakan keharmonian kehidupan, pentadbiran ekonomi, sistem pentadbiran dan pendidikan.
Mereka yang berminat sila layari laman web ITBM, http://www.itnm.com.my atau nombor telefon(603) 4149 7210 dan e-mel info@itnm.com.my
Sayembara Novel 1Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment