Seni Grafiti

Saturday, March 10, 2012

Grafiti

* Perkataan grafiti berasal dari perkataan Yunani iaitu `graffito' yang bermaksud hasil seni dengan kaedah goresan di atas permukaan dinding. Hari ini, kaedah goresan di permukaan disesuaikan dengan penggunaan teknologi cat aerosol bagi menghasilkan cetusan seni di atas permukaan dinding batu atau permukaan kosong yang besar di tempat awam.

* Seni grafiti terbahagi kepada beberapa gaya tersendiri seperti tagging, throw up, 3d letters, character, wildstyle dan production.

* Tagging adalah seni grafiti yang paling mudah difahami seperti tandatangan yang dihasilkan oleh pelukis grafiti.


* Throw up pula adalah hasil karya yang menggunakan dua atau tiga tin semburan aerosol saja.

* 3D Letters ialah gubahan karya tiga dimensi yang begitu nyata sekali sekali gus membuatkan objek grafiti seolaholah timbul.

* Character atau potret membentuk dua atau tiga dimensi dengan gubahan warna dan gaya tersendiri.

* Wildstyle adalah gaya abstrak termasuk abjad yang menghasilkan kreativiti dalam seni grafiti.

* Production adalah hasil kerja berpasukan merangkumi semua jenis medium grafiti berlandaskan tema sama.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI