Bayangkan sebuah kapal pukat tunda Jepun tanpa kru telah dihanyutkan tsunami setahun lalu sudah menghampiri pantai barat Kanada.
Menurut laporan stesen televisyen CNN dan akhbar Vancouver Sun, kapal itu dilihat terapung kira-kira 224 kilometer (km) dari pantai British Columbia.
Menurut CNN, kapal yang dilengkapi peralatan menangkap sotong itu ditemui semasa sebuah pesawat tentera Kanada melakukan rondaan.
Juruterbang pesawat itu kemudian menghantar nombor pendaftaran pada badan kapal itu kepada Pengawal Pantai Jepun.
Sebelum ini, kapal tersebut berlabuh di bandar Hachinohe, wilayah Aomori semasa bencana tsunami melanda pantai timur Jepun pada 11 Mac tahun lalu.
"Kapal itu kelihatan berada dalam keadaan baik dan ia mempunyai jalur karat kerana terbiar selama setahun," kata seorang penyelaras maritim di sebuah pusat penyelamat di Victoria, British Columbia, Marc Proulx kepada CNN.
Sementara itu, beberapa pegawai Kanada bimbang jika kapal itu boleh menghalang pelayaran kapal lain.
- Agensi

0 Komen:
Post a Comment