Tan Sri Zarinah Anwar, yang menjadi Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sejak 2006 akan bersara apabila tempoh perkhidmatannya tamat 31 Mac ini.
Berikutan persaraannya itu, pengawal selia pasaran modal tempatan itu dalam kenyataan semalam berkata, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan Datuk Ranjit Ajit Singh sebagai Pengerusinya yang baru manakala Datuk Dr Nik Ramlah Mahmood dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif.
Ranjit dan Nik Ramlah kini masing-masing memegang jawatan Pengarah Urusan SC dan pelantikan kedua-duanya ke jawatan baru akan berkuat kuasa 1 April ini.
SC dalam kenyataannya itu berkata, Zarinah telah memainkan peranan penting dalam mengukuh serta membangunkan pasaran modal negara sepanjang 10 tahun lalu.
“Beliau membentuk rangka kerja tadbir urus dan peraturan mantap yang telah menyumbang kepada pertumbuhan pasaran serta melabur sumber untuk membina kapasiti kawal selia,” katanya.
Sementara itu, Ranjit pula, kata SC, adalah seorang pengawal selia berpengalaman luas dengan 20 tahun pengalaman dalam bidang kawal atur kewangan dan sekuriti.
Beliau yang juga akauntan dan ahli ekonomi serta kewangan, memulakan tugasnya di SC pada 1994 dalam beberapa bidang termasuk pemantauan dan pengawasan pasaran, pengurusan strategi dan risiko, dasar kewangan serta ekonomi.
Sepanjang di SC, Ranjit terbabit dalam pembentukan pelan induk pasaran modal Malaysia, mengukuhkan rangka kerja pengawasan dan daya tahan pasaran, penubuhan Lembaga Standard Perakaunan Malaysia, proses demutualisasi bursa saham, pembentukan rangka kerja persaraan swasta serta beberapa inisiatif liberalisasi lain. Beliau dilantik Pengarah Urusan SC pada 2008.
Selain tugasnya di SC, Ranjit juga adalah Pengerusi kepada kumpulan pasaran kedua Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO) selain pernah mempengerusikan sebuah kumpulan pakar pasaran modal untuk pasukan petugas khas Lembaga Pengarah Kestabilan Kewangan serta menjadi salah seorang anggota kumpulan pakar tadbir urus agensi sektor awam Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Ranjit sering dijemput untuk memberikan pandangannya pada peringkat antarabangsa dan pernah menjadi penasihat pembangunan serta perkara berkaitan kawal selia kepada beberapa negara.
Beliau pernah mengarang dan menerbitkan beberapa laporan penting mengenai pasaran sekuriti dan pernah dijemput berucap untuk Bank Dunia, Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), IMF, IOSCO selain pengawal selia dan pasaran saham di semua pusat kewangan utama dunia.
Sementara itu, Nik Ramlah yang menerima latihan dalam bidang undang-undang sudah berkhidmat dengan SC selama 18 tahun dengan tugasnya merangkumi pembaharuan kawal selia dan perundangan, pembangunan pasaran dan produk, tadbir urus korporat, pasaran modal Islam, pendidikan pelabur serta penguatkuasaan.
Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), iaitu sebuah unit latihan dan pendidikan SC.
Pada peringkat antarabangsa, Nik Ramlah adalah anggota utama Meja Bulat Asia untuk Tadbir Urus Korporat OECD dan juga salah seorang anggota Jawatankuasa Teknikal Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB).
Beliau pernah dinamakan ‘Individu Paling Cemerlang dalam Sumbangan kepada Kewangan Islam’ oleh Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) pada 2007.

0 Komen:
Post a Comment