3 pendatang baru kini tersenarai sebagai 40 orang paling kaya di Malaysia menurut senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes.
Muncul kali pertama dengan berada di rangking ke-22, doktor perubatan yang kini bergelar usahawan, Tan Sri Dr Ninian Morgan Lourdenadin, mencatatkan peningkatan secara mendadak dengan aset bersih bernilai US$500 juta (RM1.5 bilion).
Sebagai Ketua Pegawai Ekesekutif MBF Holdings, beliau menjalankan perniagaan haratanah, pelancongan serta perniagaan perkhidmatan industri perubatan dari Malaysia ke Fiji, Papua New Guinea dan Australia.
Seorang lagi pendatang baru adalah, Pengarah Urusan dan Pengerusi Crescendo Corp Bhd, Gooi Seong Lim yang kini berada ditempat ke-34 dengan aset bersih bernilai US$220 juta (RM660 juta).
Turut tersenarai, Pengarah Pacific Andes International Holdings, Ng Joo Siang yang mengambil alih perniagaan keluarga dari bapanya berada di tangga ke-37 dengan aset bernilai RMUS$185 juta (RM555 juta)
Kekayaan 40 hartawan Malaysia dianggarkan bernilai US$64.4 bilion (RM193 bilion) meningkat sebanyak US$2.3 bilion (RM6.9bilion) dari tahun lepas.
Malaysia kini memiliki 11 hartawan berbanding 10 pada tahun lalu. Adik beradik Lee Oi Han dan Lee Hau Hian yang mempunyai perniagaan kelapa sawit dan kilang larutan kimia Batu Kawan kini berjaya menduduki tangga ke-10 pada tahun ini.
Kekayaan mereka meningkat sebanyak 22 peratus di Batu Kawan kerana peningkatan harga kelapa sawit.
Walaupun terdapat beberapa pendatang baru, namun senarai teratas hartawan paling kaya serta berpengaruh di Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan masing-masing biarpun selepas mengalami kemerosotan dalam nilai asset bersih yang dimiliki.
Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan asset bernilai US$12.4 bilion (RM37.2 bilion) menurun sedikit dari US$12.5 bilion (RM37.5 bilion) pada tahun lalu.
Kuok, 88, telah tersenarai sebagai orang paling kaya sejak 2006 apabila Forbes Asia memperkenalkan senarai 40 orang paling kaya di Malaysia.
Beliau mempunyai empayar luas dalam industri gula, minyak sawit industri perkapalan serta hartanah di negara ini.
Ditangga kedua, taikun telekomunikasi, Ananda Krishnan, 72, kekal dengan denngan asset bersih bernilai US$400 juta (RM1.2 bilion).
Ditempat ketiga adalah, pemilik Genting Group, Puan Sri Lee Kim Hua yang mencacatkan penuruan asset bersih sebanyak 1.5 peratus daripada US$6.5 bilion (RM19.5 bilion) sementara anaknya Lim Kok Thay turut mencatatkan penurunan asset sebanyak 9 peratus daripada US$605 juta (RM1.8 bilion)
3 Orang Kaya Baru Tersenarai Forbes 40 orang paling kaya di Malaysia
Entri Lain
Permalink: 3 Orang Kaya Baru Tersenarai Forbes 40 orang paling kaya di Malaysia
Categories Kewangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment