Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012, 15 Mac - 18 Mac

Wednesday, March 14, 2012

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012 bakal berlangsung pada 15 Mac - 18 Mac 2012, di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya bertemakan ‘1 Dunia, 1 Malaysia, 1 Pesta’ . Acara tahunan kali keempat ini dibawakan oleh AKA Ballons Sdn Bhd dan Malaysian Sports Aviation Federation (MSAF) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holdings.

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya

Jadi, jika anda belum pernah merasai pengalaman menaiki belon udara panas, jangan lepaskan peluang kali ini. Percayalah, ia satu pengalaman yang menyeronokkan! Bayaran yang dikenakan hanya RM10 untuk satu sesi yang mengambil masa kira-kira 10 – 15 minit.

Orang ramai juga berpeluang menyaksikan 26 belon udara panas memenuhi ruang angkasa Putrajaya sepanjang pesta berlangsung. Antara belon udara unik yang boleh dilihat nanti ialah belon berbentuk kek harijadi oleh Francis Godfrey Prell dari Amerika Syarikat, Felix The Cat oleh Nguyen Dinh Thien dari Vietnam dan Burung Kiwi oleh Rick Walczak dari New Zealand. Selain itu, beberapa acara lain turut disusun bagi menarik minat orang ramai memeriahkan acara pelancongan ini. Antaranya , aktiviti sukan air, pesta basikal, dan zon sukan lasak.

Penganjuran kali ini bakal menyaksikan acara ‘cahaya malam’ diadakan sekali lagi. Acara ini cukup menarik kerana semua belon udara terlibat akan menyertai pertunjukkan lampu dan bunyi pada malam 17 Mac. Acara ‘cahaya malam’ ini akan diakhiri dengan pertunjukkan bunga api.

Tiada sebarang caj dikenakan untuk mengunjungi pesta ini. Untuk mengelakkan kesesakkan lalu-lintas, pengunjung dinasihatkan supaya menggunakan perkhidmatan KL Transit dari KL Sentral dan menaiki perkhidmatan bas Park & Ride yang disediakan oleh pihak Perbadanan Putrajaya untuk ke lokasi acara.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari www.myballoonfiesta.com atau menghubungi AKA Ballons Sdn Bhd di talian 03 – 7981 8769.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI