Perkahwinan Diraja gilang-gemilang Putera William-Catherine

Saturday, April 30, 2011 0 Komen

Dengan senyuman tenang sambil menyarung sebentuk cincin perak di jari manis kiri Kate Middleton, Putera William hari ini sah bergelar suami dalam satu upacara gilang gemilang yang diadakan di Gereja Westminster Abbey, tengah London hari ini.


Penyatuan dua jiwa melalui ikrar perkahwinan yang dilafazkan kira-kira pukul 6.25 waktu Malaysia itu turut disaksikan lebih dua juta penonton di seluruh dunia dan dihadiri kira-kira 1,900 tetamu diraja di gereja tersebut.

Putera William yang segak berbaju uniform merah tentera Ireland kelihatan tenang menyapa ketibaan Middleton dan sesekali menjeling ke arah pengantinnya yang anggun berpakaian gaun putih gading rekaan Sarah Burton dengan tiara serta layah panjang.

Hanya dengan perkataan 'saya sudi', Middleton yang nampak gementar tetapi terus melemparkan senyuman selamat bergelar isteri selepas bertukar ikrar di hadapan Ketua Biskop Canterbury, Rowan Williams.

Istana Buckingham hari ini turut mengurniakan gelaran Duke dan Duchess of Cambridge kepada pasangan berusia 29 tahun itu sejurus mereka berkahwin.

Sama seperti hari bahagia Putera Charles dan Puteri Diana pada 29 Julai 1981, perkahwinan diraja kali ini turut menarik perhatian dunia serta rakyat Britain apabila kira-kira sejuta penduduk memenuhi laluan perarakan ke Westminster Abbey.

Terdahulu, Putera William yang diiringi pengapit yang juga adiknya, Putera Harry tiba di gereja tersebut kira-kira pukul 5.20 petang waktu Malaysia diikuti Middleton bersama bapanya, Michael, pada pukul 6.05 petang.

Selepas majlis perkahwinan di Westminster Abbey, pasangan Duke dan Duchess of Cambridge itu diarak menaiki kereta kuda State Landauke 1902 yang pernah digunakan Putera Charles dan Puteri Diana semasa perkahwinan mereka ke The Mall untuk melambai kepada rakyat dari balkoni dan ke Istana Buckingham bagi majlis resepsi dihadiri 650 tetamu.




Majlis perkahwinan itu turut dihadiri keluarga diraja dunia antaranya Putera Albert II dari Monaco bersama Charlene Wittstock dan Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri, Tuanku Nur Zahirah serta selebriti terkenal seperti David Beckham dan isterinya, Victoria. - AFP

Nama Anak Lelaki Terkini Maizawati, Muhammad Qhabel Izz Qhushairy

Friday, April 29, 2011 0 Komen

Maizawati Zainal selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Qhabel Izz Qhushairy.

Dia bersalin dalam keadaan normal di Hospital Kuala Lumpur, dekat sini pukul 4.15 pagi, Rabu.

Bayi tersebut merupakan bayi pertama hasil perkahwinan ketiga Maizawati dengan Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim, 23. Mereka bernikah pada 9 Ogos tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.86 kilogram secara normal. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik.Antara orang yang paling gembira mendengar berita ini adalah suami saya, Yassin kerana bayi ini merupakan anak pertamanya dan lebih menggembirakan apabila mengetahui bayi ini adalah bayi lelaki,” ujar Maizawati.

Maizawati pada mulanya tidak merancang untuk bersalin di Kuala Lumpur sebaliknya dia datang dari Ipoh untuk menziarahi saudara-maranya.


“Saya datang ke Kuala Lumpur pada Ahad lalu dan dimasukkan ke hospital pada petang semalam (Selasa). Jika tiada apa-apa masalah, mungkin saya dibenarkan keluar hospital pada tengah hari esok,” katanya lagi.

Qhabel merupakan anak ketujuh Maizawati. Dia mempunyai empat orang anak dengan bekas suaminya iaitu penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Akhil Hayy. Pasangan itu bercerai pada 15 Julai tahun lalu.

Sementara dua anak lagi merupakan hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya yang berasal dari Kelantan.

Pertuduhan berkhalwat pelakon dan penyanyi Razak Ahmad

Friday, April 29, 2011 0 Komen

Pelakon dan penyanyi Razak Ahmad akan mengetahui sama ada dia akan dipanggil membela diri ataupun dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang pada 30 Jun depan.

Keputusan itu akan diberikan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Pada prosiding Khamis, Wan Mahyuddin juga menetapkan 26 Mei ini untuk pihak pendakwaan syarie membalas hujahan yang difailkan oleh peguam syarie kepada Razak.

Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli memberitahu, pihaknya hanya menerima hujahan itu melalui mahkamah sebelum kes bermula.

Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, 44, hadir berseorangan di mahkamah dan kelihatan terkejut apabila melihat kehadiran wartawan.

Dia juga ditegur oleh Wan Mahyuddin apabila tidak dapat memberikan alasan ketidakhadiran peguam syarienya, Mohamad Azman Karim pada prosiding itu.

“Sepatutnya apabila kamu melantik seorang peguam, beliau kena bertanggungjawab. Minta peguam untuk hadir pada prosiding akan datang, jika tidak kamu yang akan merana,” katanya.

Wan Mahyuddin meminta pihak-pihak yang terlibat dalam kes itu untuk memberikan kerjasama memandangkan kes itu perlu dipercepatkan ekoran telah terlalu lama iaitu sejak tahun 2006.

Perbicaraan sebelum ini melibatkan keterangan tiga saksi pendakwaan.

Pelakon yang membawakan watak Tok Imam di dalam drama Geng Surau itu didakwa berkhalwat dengan Selamah Sahudin, 45, pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini.

Dia didakwa kali pertama pada 27 Julai 2006 memgikut Seksyen 20 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa itu, Razak mengaku tidak bersalah manakala Selamah yang merupakan seorang ahli perniagaan mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.

Atas pengakuannya, Selamah dihukum denda RM2,850 atau penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda terbabit.

Berdasarkan fakta kes yang dibacakan kepada Selamah, pasukan penguat kuasa Jais bersama beberapa anggota polis pergi ke rumah itu untuk melakukan pemeriksaan setelah menerima maklumat daripada orang awam.

Razak Ahmad dan Siti

Pintu rumah dan jeriji besi rumah tersebut didapati dalam keadaan berkunci manakala rumah dalam keadaan yang agak gelap dan pintu rumah dibuka selepas beberapa minit diketuk.

Semasa itu, Selamah yang membuka pintu berpakaian lengkap dan pemeriksaan di bilik pertama rumah mendapati Razak sedang tidur dengan hanya berseluar jeans dan tidak berbaju.

Razak juga pernah popular dengan lagu Pagar Padi dan tersenarai pada peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992.

Biodata Profil Linda Hashim (Pelakon Fatimah Juling)

Thursday, April 28, 2011 0 Komen

Biodata Profil Linda Hashim


Nama Sebenar: Norhazlinda Hashim
Nama komersial: Linda Hashim
Tarikh lahir: 8 September 1984
Usia: 27 tahun
Tempat Lahir: Ipoh, Perak
Pendidikan: SPM
Profesion: Model, Pelakon
Status: Bujang
Drama TV: Antaranya Semarak Naga, Vila Cinta Daddy, Bila Tsunami Melanda, Mengapa Harus Ada Cinta, Misi Xx Ray, Tak Tercapai Akalmu, Janji Kekasih, Ayahku Kahwin Lagi, Adam Dan Dewi Cinta
Iklan: Minyak Masak Cap Buruh, Kentucky Fried Chicken (KFC), Clean & Clear, Sunsilk , DiGi

Siti Sarah dah mengandung dua bulan

Wednesday, April 27, 2011 0 Komen

Shuib Menangis Siti Sarah Mengandung Dua Bulan

Siti Sarah Raisuddin dah mengandung dua bulan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Shuib (Sepah) pada 26 Februari lalu.

Menurut Sarah, ketika menerima pengkhabaran berita tersebut, Shuib yang turut berada disisi menangis sambil memeluknya.


“Selepas hari terakhir penggambaran filem Man Sewel Datang KL, saya rasa sakit perut dan Shuib membawa saya ke klinik.

“Tetapi bila doktor buat pemeriksaan dan ujian kehamilan dan dapati saya mnegandung, Shuib tanpa rasa malu menangis dan memeluk saya,” katanya ketika ditemui pada pelancaran filem Man Sewel Datang KL, di sini, Selasa.

Tambah Sarah, suaminya itu terlalu berharap untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat ini.

“Setiap kali saya sakit perut atau loya-loya tekak, dia akan berharap saya mengandung dan kami telah buat beberapa pemeriksaan kehamilan.

“Tetapi hampa, sehingga saya nasihatkan dia jangan terlalu berharap kerana saya yang akan rasa sangat teruk jika tidak mengandung,” ujarnya.

Katanya, sejak berkahwin mereka semamangnya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menceriakan rumah tangga.

“Saya bersyukur mengandung pada usia ini kerana saya sudah lama bersedia untuk jadi seorang ibu dan mempunyai keluarga yang lengkap.

“Malah kami merancang untuk mendapat empat orang cahaya mata,” katanya.

Sementara itu, Shuib yang berada disisinya memberitahu dia sangat terharu ketika mendapat tahu berita gembira tersebut.

“Saya yang paling gembira sehingga tak menghiraukan doktor yang berada di situ. Ketika bawa Sarah ke klinik, hati saya sudah terdetik yang dia mengandung.

“Alhamdulilah apa yang saya jangkakan betul, memang sukar untuk gambarkan perasaan saya apabila bakal melangkah ke satu fasa lain dalam hidup,” ujarnya.

Showcase 'Ratu Hatiku' Maulana sempena hari ibu

Tuesday, April 26, 2011 0 Komen

Penyanyi Maulana Mohamed akan menganjurkan showcase sempena hari ibu yang dinamakan 'Ratu Hatiku' pada 8 Mei ini, pukul 8 malam di Pusat Konvensyen di sini.

Showcase tersebut turut menampilkan S.Mariam sebagai penyanyi jemputan dan Azrul Zaidi (Raja Lawak) untuk mengacara majlis.

"Sejak saya memasuki AF8, saya sudah bernazar untuk berkongsi pentas dengan ibu. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga usahakan impian ini sendiri dengan bantuan syarikat pengurusan acara, Lensa Creative dan sokongan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

"Nama 'Ratu Hatiku' dipetik daripada senikata lagu Ibu nyanyian P.Ramlee," katanya ketika sidang media di Pusat Konvensyen di sini, Jumaat.

Maulana akan mempersembahkan hampir 20 buah lagu seperti lagu RSVP, Muzika Melodi Cinta, rangkaian lagu popular P.Ramlee dan Datuk Shiela Majid serta lagu Inggeris baru dan lama.

"Saya sudah biasa menyanyikan lagu P.Ramlee dan Shiela Majid dan merasakan lagu kedua-dua penyanyi itu sesuai dengan sasaran tetamu yang berusia antara 40 hingga 50 tahun.

"Saya juga akan memilih lagu yang berkisarkan tentang cinta yang bersifat subjektif seperti lagu Mencintaimu nyanyian Kris Dayanti. Selain itu, lagu Jeritan Batinku dan Madu Tiga dari P.Ramlee, Dia dan Sinaran (Sheila) serta Just The Way You Are (Bruno Mars).

"Persembahan tersebut memang khas untuk ibu saya yang berstatus ibu tunggal dan membesarkan kami enam beradik seorang diri.

"Saya tidak sabar untuk mengabadikan kenangan itu bersama-samanya buat kali pertama di persembahan itu nanti kerana saya akan berduet dengannya dalam dua atau tiga buah lagu," ujarnya lagi.

Pihak penganjur juga akan mengundang tetamu-tetamu istimewa yang terdiri daripada warga emas dan ibu-ibu tunggal dengan kerjasama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan.

Tambahnya: "Saya akan membuat persembahan dengan iringan muzik 'live band' menggunakan tujuh jenis alat muzik termasuk saksofon dan trumpet yang dimainkan oleh pihak Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara).


"Nyanyian dengan iringan 'live band' akan membuatkan sesebuah persembahan itu lebih menyentuh jiwa."

Selain nyanyian dan hidangan makan malam, tetamu turut berpeluang menerima cenderahati, hadiah cabutan bertuah termasuk LCD dan mutiara serta 'kejutan'.

Tiket sudah mula dijual berharga RM2,500 setiap meja VIP, RM188 setiap orang (meja platinum) dan RM158 setiap orang (meja emas).

Ia boleh didapati di SACC ataupun hubungi 03-55118858 (SACC) atau 03-62099858 (Lensa Creative).

Lirik Lagu Pengganti - Estranged

Tuesday, April 26, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Pengganti - Estranged

Día sebaris, tenggelam
Dan wujud hanya di dalam
Ku tau kalau sebenar

Tercipta kerana
Ku masuk dan keluar
Kau tau kalau sebenar

Beralih oh dari kenyataan
Terjaga tapi seperti masih bermimpi

Korus
Oh… aku tetap
Tersinggah di haluanmu
Dan serelanya
Oh… selamatkannya
Walaupun ditanya
Syurga jelas dia pengganti

Mindaku pun berkata
Soallah jawapanmu
Tau yang ianya salah
Diriku berbalas
Berani menjawab semua
Dan tau apa kena

Oh teringat yang aku takkan hilang begitu saja
Ditangguh terlalu lama ohoh

Ulang Korus

Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Nanana na na nanana na

Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Nanana nanana nanana na

Oh… selamatkannya
Dan oh relakanlah
Oh… selamatkannya
Walaupun ditanya
Syurga jelas dia pengganti

Oh… selamatkannya
Walaupun ditanya
Syurga jelas dia pengganti
Pengganti

Lirik Lagu OST KARAK - Kerek - Bandi Amuk

Tuesday, April 26, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Tema Filem Karak - Kerek - Bandi Amuk

Lama sudah perasan
Lagak lu yang berangan
Terpacak hidung tinggi
Mata jadi jelik

Bukan nak bikin kecoh
Tapi lu perlu tunduk
Pada pailang yang mula bertapak di sini

Gua pantas berlari
Lu masih merangkak lagi

Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak
Gua cukupkan yang kurang ajar

Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua

Takkan la tak perasan
Jika nak dibandingkan
Kita berdua berdiri tidak sama tinggi

Jangan sampai dilihat
Gelagat tak kena tempat
Orang lama berpesan
Jangan lawan tuan

Gua pantas berlari
Lu masih merangkak lagi

Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak
Gua cukupkan yang kurang ajar

Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua

Jangan melawan
Jangan melawan brader
Nanti gua kasi lu

Jangan melawan
Jangan melawan brader
Gua harap lu makan saman

Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak
Gua cukupkan yang kurang ajar

Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua

Lirik Lagu Kerek - Bandi Amuk

Tuesday, April 26, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Kerek - Bandi Amuk ( OST Karak )

Lama sudah perasan
Lagak lu yang berangan
Terpacak hidung tinggi
Mata jadi jelik

Bukan nak bikin kecoh
Tapi lu perlu tunduk
Pada pailang yang mula bertapak di sini

Gua pantas berlari
Lu masih merangkak lagi

Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak
Gua cukupkan yang kurang ajar

Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua

Takkan la tak perasan
Jika nak dibandingkan
Kita berdua berdiri tidak sama tinggi

Jangan sampai dilihat
Gelagat tak kena tempat
Orang lama berpesan
Jangan lawan tuan

Gua pantas berlari
Lu masih merangkak lagi

Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak
Gua cukupkan yang kurang ajar

Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua

Jangan melawan
Jangan melawan brader
Nanti gua kasi lu

Jangan melawan
Jangan melawan brader
Gua harap lu makan saman

Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak
Gua cukupkan yang kurang ajar

Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua

Lirik Lagu 10 Out Of 10 - 2AM

Tuesday, April 26, 2011 0 Komen

Lirik Lagu 10 Out Of 10 - 2AM

Oh yep, JYP, break it down uh, hah
It’s time, introducing 2PM

That girl neomu yeppeo Oh my god giga makhyeo igeon bon jeogi eomneun geureon areumdaumiya
Mallo seolmyeonghaedo aradeutji motalgeoya chaek sogeseona bol su inneun kkum sogeseona mannaboneun
Geureon yeojaran mallya narimyeon nalmada oji anha

Dwitmoseubi neomu sarameul goeropge hae chakhan nareul jakku nappeun mameul meokge hae
Igeon chameul suga eobseo jeongmal neomuna goerowo yeonghwa minyeoneun goerowol bol ttae boda deo goerowo

Geunyeoui ipsureun masisseo ipsureun masisseo (10jeom manjeome 10jeom)
Geunyeoui darineun meotjyeo darineun meotjyeo (10jeom manjeome 10jeom)
Geunyeoui nallineun meoritgyeol nallineun meoritgyeol (10jeom manjeome 10jeom)
Geunyeoneun meorieseo balkkeutkkaji modu da (10jeom manjeome 10jeom)

Nareul bogo utneunde (10jeom) malhaneun moksoriga (10jeom)
Mannamyeon manna bol surok eojjeom binteumi eobseo Yes sir, Yes sir

Geunyeo ttaemune jeongmal michyeosseo harurado an bol suga eobseo
Eoje neomu bappa haru swieosseo geureoja ibe gasiga dotchyeosseo Oh~

Dwitmoseubi neomu sarameul goeropge hae chakhan nareul jakku nappeun mameul meokge hae
Nuni tteoreojijil anha jeongmal mari doejil anha igeon yahan manhwayeonghwa boda deo yahan geot gata

Geunyeoui ipsureun masisseo ipsureun masisseo (10jeom manjeome 10jeom)
Geunyeoui darineun meotjyeo darineun meotjyeo (10jeom manjeome 10jeom)
Geunyeoui nallineun meoritgyeol nallineun meoritgyeol (10jeom manjeome 10jeom)
Geunyeoneun meorieseo balkkeutkkaji modu da (10jeom manjeome 10jeom)

Lala lallalla lalla Pretty baby~ lala lallalla lalla Be my lady~
Lara lallalla lalla Pretty baby~ lala lallalla lalla Be my lady~
Lala lallalla nan ppajyeotjanha geunyeo eobsi saneun geon haebonamana
Geunyeoga juneunge neomuna manha nae ibeseo misoga kkeunhijil anha
Geunyeo eobsin sana mana geureom ije naneun eotteoke hana
Era moreugetda idaeroga jota geunyeoga surimyeon chwihae beoriryeonda

Geunyeoui ipsureun masisseo ipsureun masisseo (10jeom manjeome 10jeom)
Geunyeoui darineun meotjyeo darineun meotjyeo (10jeom manjeome 10jeom)
Geunyeoui nallineun meoritgyeol nallineun meoritgyeol (10jeom manjeome 10jeom)
Geunyeoneun meorieseo balkkeutkkaji modu da (10jeom manjeome 10jeom)

Haha~ (10jeom manjeome 10jeom)You know what it is (10jeom manjeome 10jeom)
It’s JYP… (10jeom manjeome 10jeom)And 2PM baby (10jeom manjeome 10jeom)

Lirik Lagu Kisah Dongeng - Stacy

Tuesday, April 26, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Lirik/Lagu: Edry Abdul Halim

Linda Hashim berlakon drama Fatimah Juling The Series bermula 27 April 2011

Tuesday, April 26, 2011 0 Komen

Drama Fatimah Juling The Series lakonan Linda Hashim bakal keudara pada 27 April ini.

Dia yang memeggang watak Fatimah menganggap cabaran utama adalah untuk menjulingkan mata sambil mengeluarkan air mata.


“Memang agak susah untuk menjulingkan mata lagi pula apabila babak menangis.

“Saya terpaksa julingkan mata sambil mengeluarkan air mata, ia agak susah dan mencabar,” ujarnya.

Selain itu, watak komedi tersebut juga sesuatu yang baru bagi pelakon muda ini, kata Linda ini merupakan kali pertama dia membawa watak komedi.

“Selalu bawa watak sirius dan kali ini saya cuba bawa watak komedi. Ia bukan mudah kerana penonton sudah terlalu didedahkan dengan lawak seperti Maharaja Lawak yang sedang berlangsung.

“Jadi mungkin penonton sudah mempunyai satu tahap lawak tersendiri, apa yang saya takutkan apabila lawak yang cuba kita sampaikan jadi seperti lawak bodoh pula,” ujarnya yang sentiasa membuat perbincangan sebelum melakunkan sesuatu babak tersebut.

Seks luar nikah KD - Raul

Monday, April 25, 2011 0 Komen

KEUNGGULAN karisma dan imej baik penyanyi Krisdayanti (KD) kini tercalar. Selepas bersusah-payah memulihkan imejnya gara-gara dituduh curang kepada Anang Hermasyah ketika masih bergelar isteri, KD kini sekali lagi menggemparkan dunia hiburan Nusantara.

Sebagai penyanyi wanita di sebuah negara Islam, pengakuan KD bahawa dia hamil empat bulan selepas empat minggu berkahwin adalah satu tamparan yang hebat terhadap moral penyanyi ini.

KD berkahwin dengan Raul Lemos yang baru memeluk Islam pada 20 Mac lalu di Jakarta. Banyak yang menganggap Raul memeluk Islam kerana mahu berkahwin dengan KD dan KD gagal menunjukkan satu teladan yang baik apabila sanggup mengadakan hubungan terlarang sebelum kahwin.

KD terang-terangan mengaku bahawa anak dalam kandungannya itu adalah anak yang terhasil daripada hubungannya bersama Raul. Kontroversi ini menjadi bualan masyarakat, KD dan Raul bagai tidak mampu lari daripada kecaman meski kini sudah selamat bergelar suami isteri.

Sehingga di tahap ini, cuba anda tanya pada diri sendiri, di mana letaknya moral KD? Dia mempunyai banyak peminat di negara ini. Adakah selepas kes moral yang paling besar ini peminat di negara ini masih setia kepada KD? Adakah mereka akan terus meminati KD secara membuta tuli sekalipun idola mereka adalah pencemar moral dan pengamal seks luar nikah?

Bukan itu sahaja, kecaman semakin hebat apabila bekas isteri Raul, Sechah Salem Sagran (Atta) tampil memberi kenyataan bahawa kedua-dua pengantin baru itu sebenarnya sudah lama bersekedudukan sebelum berkahwin. Melihat gelagat KD yang sanggup curang kepada suami, itu bukanlah suatu yang memeranjatkan.

“Ya, saya dan Raul cerai pada Disember, bererti, belum kami bercerai KD sudah bunting. Logik saja itu berlaku, belum nikah pun sudah tinggal bersama.

“Kalau mengandung dulu, tiada apa yang menghairankan. Tetapi sekarang, cerita tentang mereka, saya tidak pedulilah!” sindir Atta.

Menyorot kembali apa yang dihujahkan oleh KD, katanya, dia menerima kehamilannya sebagai satu anugerah daripada Allah meski benih cinta mereka terhasil tanpa ikatan sah.

“Saya tahu, tetapi kami sama-sama sudah dewasa, bahkan sudah lama merancang untuk berkahwin. Kehamilan sudah terjadi. Kalau saya menolak pemberian Allah ini, nanti saya dituduh melakukan pengguguran,” katanya.

Jelas sekali daripada reaksi KD ini, seks luar nikah bukan perkara luar biasa baginya, jauh sekali untuk berasa bersalah.

Dalam pada itu, Anang, yang enggan memberi komen lanjut ringkas memberitahu bahawa dia hanya tahu mengenai hal ini melalui laporan media.

Anang menganggap dia tidak layak untuk berbicara mengenainya sebaliknya menganggap itu adalah berita gembira buat KD dan Raul.

Berita kehamilan bekas isterinya itu turut disambut baik oleh dua anaknya, Aurel dan Azriel, jelas Anang.

“Mereka gembira kerana bakal punya adik. Baik Aurel mahupun Azriel. Kita doakan sahaja kesihatan bayi dan ibunya termasuk keluarganya,” katanya.

Persiapan KD dan Raul


Ada pihak memberitahu bahawa sebenarnya, persiapan menyambut kelahiran bayi KD sudah dijalankan sebelum mereka bernikah lagi.

Malah, ia turut diakui oleh penjaga rumah mewah yang didiami oleh KD dan Raul yang terletak di Jakarta Selatan.

“Mereka tinggal di Dili sekarang, tetapi setahu saya, KD sudah lama menjalankan persiapan untuk bilik anak yang bakal dilahirkan itu. Setahu saya, dua bilik telah dijadikan satu, mungkin buat kelahiran bayi itu,” katanya.

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY

Program Pembangunan Personaliti Pelajar

Monday, April 25, 2011 0 Komen

Program Pembangunan Personaliti Pelajar yang dilaksanakan Jabatan Pelajaran Terengganu adalah bertujuan meningkatkan keyakinan diri di kalangan pelajar lelaki yang menghadapi masalah krisis identiti diri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, jabatan berkenaan telah mengambil sikap proaktif dengan mengadakan program tersebut yang melibatkan 66 pelajar lelaki di Besut minggu lepas.

"Ia satu inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pelajaran Terengganu dalam melaksanakan saranan Kementerian Pelajaran yang mahukan pihak sekolah memberi penekanan kepada empat perkara iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (Jeri) pelajar.

"Jabatan Pelajaran Terengganu mengambil langkah awal melaksanakan konsep itu dengan mengenal pasti pelajar lelaki yang tidak aktif berpersatuan, badan beruniform, sukan dan apa juga aktiviti kokurikulum mengikuti program pembangunan personaliti pelajar itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa Jabatan Pelajaran Terengganu telah mengadakan kem bina semangat kepada pelajar ”lelaki lembut”. - Bernama

Lirik Lagu Babak Pertama - Drama Band

Monday, April 25, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Babak Pertama - Drama Band

Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti

Korus
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

Oh…

Takkan ku menoleh lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti

(ulang korus)

Oh…

(ulang korus)

Oh…

Majlis Pertunangan Ashraf Muslim-Dayana

Sunday, April 24, 2011 0 Komen

Pelakon Ashraf Muslim, 30, dan Noor Dayana Lokman, 24, diraikan dengan penuh meriah seperti 'kenduri kahwin' dalam majlis pertunangan di rumah Dayana di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini, Sabtu.

Gambar Pertunangan Ashraf Muslim-Dayana

Majlis besar-besaran itu siap dengan 16 buah khemah yang dipasang di luar rumah bakal isterinya itu.
Antara tetamu yang memenuhi rumah keluarga Dayana untuk melihat lebih dekat bakal pengantin.

Malah kehadiran Ashraf yang memakai sepasang baju Melayu putih dan bersamping ungu mencuri tumpuan ramai dan dilihat seolah-olah hendak bernikah lagaknya.

Bagaimanapun, pengacara Nasi Lemak Kopi 'O' dan Gadis Melayu di TV9 itu menjelaskan, majlis tersebut diadakan sedemikian kerana mereka turut melangsungkan majlis perasmian Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di tempat dan hari yang sama.

"Pada mulanya kami tidak merancang untuk melakukan majlis perasmian serentak dengan majlis pertunangan tetapi setelah memikirkan majlis ini turut melibatkan saudara-mara, jadi saya rasa tidak salah untuk dilakukan sekali," ujarnya yang turut menjemput ramai ahli keluarga dan sanak saudaranya.

Ashraf merupakan anak sulung daripada lapan adik-beradik. Antara ahli keluarganya yang hadir adalah bapanya dan ibu saudaranya, Fatimah Azil yang menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Dayana. Ibu Ashraf telah meninggal dunia pada enam tahun lalu akibat kanser payu dara.

Ashraf dan Dayana akan bernikah pada 30 Ogos tahun ini sempena Hari Raya Puasa di Mekah.

Lirik Lagu Banyak Bunyi – Boonyi

Saturday, April 23, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Banyak Bunyi – Boonyi

[Dena]
Jong jong inai
Mak ipong raja wali
Jong jong inai
Mak ipong raja wali

[Pak Tam]
Berdesing berdesing
Telingaku berdesing
Kepala aku pening
Berliga dan berpusing
Lantang semakin nyaring
Kuat bunyinya bising
Sekarang ku ingat anjing
Rupa-rupanya kucing
Inai-inai jong inai
Bukan inai di jari
Inai longlai gemalai
Bila Dena menari
Bunyi bukan sebarang bunyi
Bunyi bukan sesuka hati
Bunyi bukan sekadar bunyi
Bunyi duit ada inti
Pak Tam Pak Teh
Bukan rasa boleh
Kami serba boleh
Bukan nak bertatih
Bukan baru berlatih
Belajar dan fasih
Bunyi kau kurang
Bunyi kami lebih

[Dena]
Jong jong inai
Mak ipong raja wali
Bunyi baru lagi dalam ini industri
Jong jong inai
Mak ipong raja wali
Bunyi kasi gegar semua pasti menari

[Pak Teh]
Hidung jangan tinggi
Lagak jangan sombong
Jangan nak banyak bunyi
Bila cakap bohong
Banyak omong kosong
Duduk bawah tempurung
Dia banyak bunyi
Perjalanan pun terpesong
Tak perlu diusung
Tak perlu disanjung
Bunyi kau bunyi tong
Bunyi aku tak kosong
Jangan menipu diri
Jangan nak banyak bunyi
Bila ramai mencari
Terkial kau sembunyi
Inilah saksinya bila lidah bermadah
Bila pena dan kertas bertemu dengan mata
Kenalah jaga-jaga
Kena ada waspada
Bila madah dilontar yang suka jadi duka
Orang kata tiada bunyi
Tapi aku belum sunyi
Cakap kosong bunyi berani
Memang engkau banyak bunyi

[Dena]
Jong jong inai
Mak ipong raja wali
Bunyi baru lagi dalam ini industri
Jong jong inai
Mak ipong raja wali
Bunyi kasi gegar semua pasti menari

[Pak Tam, Pak Teh & Dena]
Jong jong inai
Mak ipong raja wali
Bunyi baru lagi dalam ini industri
Jong jong inai
Mak ipong raja wali
Bunyi kasi gegar semua pasti menari

[Dena]
Mana suara sakti
Mana hidung tinggi
Mana engkau berlari
Mana hendak sembunyi

[Pak Tam, Pak Teh & Dena]
Mana suara sakti
Mana hidung tinggi
Mana engkau berlari
Mana hendak sembunyi

[Dena]
Jong jong inai
Mak ipong raja wali
Bunyi baru lagi dalam ini industri
Jong jong inai
Mak ipong raja wali
Bunyi kasi gegar semua pasti menari

Majlis Fatwa Kebangsaan tak halang poco-poco

Saturday, April 23, 2011 0 Komen

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

"Sekiranya tidak melanggar (peraturan) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan muftinya Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. - Bernama

Lirik Lagu Maafkan Pencinta - Aris Ariwatan

Friday, April 22, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Maafkan Pencinta - Aris Ariwatan

Keheningan terus mengigilkan aku dan membuatku rindu
Pada agung cinta dan ketulusanmu
Yang ku nodai aku dustai
Kesepian terus menyiksa batinku dan membuatku pilu
Segala pahit getir pengorbananmu
Tak kuhargai terbiar sepi

Andai dapatku undurkan putaran waktu
Akanku jadikan diriku penglipurlara cintamu kanku
Hiasi surammu itu dengan mentari
Bersulamkan bintang-bintang ohhh

Sayang hukumlah aku sakitkanlah jasadku
Jangan biar jiwaku rindu pada hangat belaianmu
Sesungguh aku kesali nista ini telah terjadi
Terima sesalku ohhhh
Kerna tanpamu aku hanya insan yang keliru
Meraba cahaya sinarmu
Putus segala akal fikirku oh dewi mengerti
Kekhilafanku ini
Maafkan pencintamu

Ohhh Itu aku
Cinta kamu
Ohhh Itu aku ohhh

Damaikan resahku yang memuncak gelora
Tanpamu ku mati di jiwa

Sayang hukumlah aku sakitkanlah jasadku
Jangan biar jiwaku rindu pada hangat belaianmu
Sesungguh dewi mengerti sesalku tidak terperi
Percayalah aku ohhh
Kerna tanpamu aku hanya insan yang keliru
Meraba cahaya sinarmu
Menagih simpati maafkanlah diriku
Maafkanlah aku
Maafkan pencinta ini

Aris Ariwatan - "Maafkan Pencinta"

Pengguna Maxis -- Dail *131*208205# tekan "CALL"
Pengguna Umobile -- SMS CT 274365 hantar ke 28118

Lirik Lagu Kau Telah Pergi - Farahdhiya

Friday, April 22, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Kau Telah Pergi - Farahdhiya

Mungkin aku yang salah
Ku tak mampu untuk menjaga cintamu
Hanya untuk diriku
Mungkin aku yang salah tak menjagamu

Memang aku tak mampu
Ku tak mampu untuk menjaga cintamu
Selalu untuk diriku
Memang aku yang salah buatmu terluka

Jujur ku katakan ku masih mencintaimu
Walaupun diriku selalu menyakitimu
Jujur aku masih ingin bersamamu
Walau dirimu kini bukan untukku lagi
Kau telah pergi

Kini kau telah terluka kau tak ingin lagi
Mencintaiku kerna ku menyakitimu
Kini kau bukan untuk diriku lagi

Jujur ku katakan ku masih mencintaimu
Walaupun diriku selalu menyakitimu
Jujur aku masih ingin bersamamu
Walau dirimu kini bukan untukku lagi
Kau telah pergi

Lirik Dalam Dakapan - Sharifah Zarina

Friday, April 22, 2011 0 Komen

Lirik Dalam Dakapan - Sharifah Zarina

Mengapa entah mengapa
Malam ini ku rasa bagai tak kena
Rasa dada kosong walau muzik bergema
Tapi kaki ini masih menari-nari

Kau berlalu pantas dipandangan mataku
Mata ini bagaimana mencari mangsa
Hati pula berasa mahu dekat dirimu
Ku tahu kau dah rasa apa yang ku rasakan

Jangan engkau malu pada aku
Menarilah dalam dakapanku

Bila kita tahu maksud muzik ini
Baru kita rasa apa lagu ini
Baru hati kita dapat ditemukan
Selepas itu kita kan disatukan

Kau berlalu pantas dipandangan mataku
Mata ini bagaimana mencari mangsa
Hati pula berasa mahu dekat dirimu
Ku tahu kau dah rasa apa yang ku rasakan

Jangan engkau malu pada aku
Menarilah dalam dakapanku

Bila kita tahu maksud hati
Baru kita kan rasa
Rasa yang telah disatukan
Dalam jiwa ini

Mata ini bagaimana mencari mangsa
Hati pula berasa mahu dekat dirimu
Ku tahu kau dah rasa apa yang ku rasakan

Jangan engkau malu pada aku
Menarilah dalam dakapanku
Jangan engkau malu pada aku
Menarilah dalam dakapanku


Lirik Lagu Sewaktu Dulu-Dulu Elyana

Friday, April 22, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Sewaktu Dulu-Dulu -Elyana

Apa yang telah kau tiupkan ke semangatku
Nak ku melenting namun aku tertunduk diam
Berjuta ayat nak ku lemparkan
Tak sepatah bibirku dapat hembuskan

Ku tahu kau tahu ku dalam genggamanmu
Tak perlu kepintaran tinggi untuk mengerti
Tapi encik, kau sudah melampau
Memperduakan ku dengan dia

Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh
Apabila kehidupan berkasar terhadapmu

Ku tahu betapa sukar ubat hati rawan
Lebih baik aku lepaskan engkau pergi
Tapi encik, mahu ku ingatkan
Jangan tersalah buat pilihan

Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh
Apabila kehidupan berkasar terhadapmu

Oh jangan kau sangka
Ku tak kecewa, ku tak terluka
Ooohh jangan tak menyangka
Watak kita boleh jadi terbalik bila-bila

Ku tahu betapa sukar ubat hati rawan
Lebih baik aku lepaskan engkau pergi
Tapi encik, sekarang aku mahu ingatkan
Jangan sampai engkau tersalah buat pilihan
Luahkanlah

Mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh
Apabila kehidupan agak berkasar terhadapmu
Mungkin cintanya sedahsyatku apabila oh
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu

Ooohh jangan kau sangka
Ku tak kecewa, ku tak terluka
Ooohh jangan tak menyangka



Watak kita boleh jadi terbalik bila-bila

Benjy masih belum sedar diri dari serangan asma kronik

Friday, April 22, 2011 0 Komen

Pelakon yang sedang menjalani perbicaraan membabitkan kes dadah, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 33, atau lebih dikenali sebagai Benjy dilaporkan masih tidak sedarkan diri sejak dibawa ke Hospital Pakar Damansara di sini, Selasa lalu.

Benjy dikatakan menggunakan mesin pernafasan selepas dia dilaporkan sukar bernafas kerana diserang penyakit asma kronik dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.

Difahamkan, Benjy yang masih dalam pemantauan pihak berkuasa sementara menanti perbicaraan dilaporkan rebah di kediamannya di Petaling Jaya di sini, kerana sukar bernafas kira-kira jam 6 pagi menyebabkan dia gagal hadir ke mahkamah, kelmarin.

Rentetan itu, Benjy dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

Ibunya Azean Irdawaty Yusoef ketika dihubungi, berkata anak lelakinya itu masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital berkenaan.

"Setakat ini saya belum tahu keadaan sebenar Benjy. Saya dimaklumkan doktor memberinya ubat pelali supaya Benjy dapat tidur dan berehat.

"Apa yang saya lihat, Benjy terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Azean yang lebih senang dipanggil Kak Yan, berkata doktor memaklumkan supaya bersabar selain mendakwa mereka terpaksa menunggu dua hingga tiga hari bagi memastikan keadaan sebenar anaknya itu.

"Doktor nak tunggu tindak balas Benjy selepas diberikan ubat dan bantuan pernafasan terlebih dulu sebelum melakukan rawatan seterusnya," katanya.

Azean berkata, dia juga seperti ibu lain berharap kesihatan anak lelakinya itu bertambah baik.

"Saya akan terus menjaga Benjy tidak kira siang atau malam. Saya yakin Benjy memerlukan saya di sisinya setiap masa," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan perbicaraan Benjy yang menghadapi dua tuduhan memiliki syabu tahun lalu, di Mahkamah Majistret di sini, kelmarin ditangguhkan selepas pelakon itu mengalami masalah kesihatan.

Majistret Hafizza Sauni membuat keputusan itu selepas peguam bela Amer Hamzah Arshad memberitahu mahkamah anak guamnya tidak dapat hadir kerana dimasukkan ke hospital.

Benjy didakwa memiliki syabu seberat 0.24 gram di sebuah rumah di Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini, pada jam 4 petang, 11 Mac 2010.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 0.14 gram dadah di Vista Mutiara Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini, pada jam 3 petang hari sama dan Benjy didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim; Raja Noraina Raja Rahim

Liyana Jasmay - Bukan Mudah Jadi Artis

Thursday, April 21, 2011 0 Komen

Liyana Jasmay menyifatkan kehidupannya sebagai seorang selebriti popular tidak semudah yang disangka oleh orang ramai.


Jelas Liyana, walaupun dia mensyukuri keistimewaan yang diperoleh dengan status tersebut, dia tidak dapat menyangkal kesulitan yang terpaksa dilaluinya pada hampir setiap waktu.

"Peminat dan masyarakat hanya nampak kehidupan seorang selebriti itu indah, mewah dan popular semata-mata. Hakikatnya, ia tidak semudah dan selancar yang disangka.

"Sejujurnya, bukan mudah untuk bergelar Liyana Jasmay. Saya gembira dan bersyukur dengan segala kelebihan yang dimiliki tetapi orang tidak tahu banyak juga kesulitannya.

"Kehidupan saya tidak semudah yang orang anggap. Ada ketikanya saya rasa diri seperti robot atau mesin. Semuanya diaturkan dan saya perlu melakukan semua itu, bergerak ke sana dan sini mengikut jadual," kata gadis yang mesra disapa Nana ini.

Bagaimanapun, pelakon filem Papadom ini akur setiap kesenangan dan kesempurnaan dalam kehidupan memerlukan pengorbanan.

Justeru itu, Liyana perlu berkompromi dalam banyak perkara terutamanya yang melibatkan tindak-tanduk dan perlakuannya agar disenangi oleh orang sekeliling.

"Walaupun saya terpaksa melalui hidup seperti robot dan memenatkan tetapi pengorbanan itu terbalas dengan apa yang saya miliki hari ini.

"Saya sedar kejayaan dan keselesaan tidak datang bergolek. Jadi saya perlu bekerja keras dan berkelakuan sewajarnya agar disenangi ramai," katanya.

Menyentuh perkembangan terbaru, anak bongsu daripada empat beradik ini baru saja terlibat dengan penggambaran filem pendek, Cinta Akhir di samping Pierre Andre dan Iz OIAM.

Filem yang dihasilkan bersempena dengan Kempen Anti-Merokok (ASAP) untuk golongan belia itu diarahkan oleh Aron Koh dengan mendapat sokongan Dana Belia 1Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.asap.my.

Justin Bieber & Kekasih Tiba Di KLIA pada pukul 2.30 petang Khamis

Thursday, April 21, 2011 0 Komen

Penyanyi remaja sensasi, Justin Bieber,17, dikatakan bakal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.30 petang Khamis (petang ini) bersama kekasihnya, penyanyi Selena Gomez.


Kehadiran mereka bersempena konsert Justin Bieber My World Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 8.30 malam ini.

"Ya, dia (Bieber) akan tiba dari Singapura pada esok (hari ini)," kata seorang pegawai Jabatan Imigresen di KLIA kepada portal berita berbahasa Inggeris terbitran The Star, Daily Chilli, Rabu.

Bieber yang dijadualkan tiba di ibu negara semalam bagaimanapun terpaksa menangguhkan penerbangannya ekoran masalah kesihatan selepas mengadakan konsert di Singapura, Selasa lalu.

"Justin tidak berapa sihat. Jadi, dia berehat di hotel untuk satu hari lagi," dedah satu sumber dari hotel penginapan rasmi penyanyi itu di Marina Bay Sands, Singapura.
Justin Bieber pada sidang media konsertnya di Singapura, Selasa.

Lebih menggemparkan, kunjungan Bieber ke Kuala Lumpur turut ditemani kekasihnya Selena Gomez yang sama-sama mengiringi siri konsert jelajah penyanyi itu di rantau Asia Pasifik.

"Ya, Selena menemani Justin tetapi tidak mahu gambar mereka bersama dirakamkan," akui satu sumber terdekat penganjur rasmi konsert itu, Tune Talk.

Fenomena Bieber terbukti luar biasa apabila tiket-tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 sudah habis dijual.

Pintu pagar Stadium Merdeka akan mula dibuka pada pukul 7 malam Khamis sebelum konsert sebenar berlangsung pada pukul 8.30 malam.

Ribuan peminat khususnya remaja dijangka menyaksikan sebuah konsert daripada artis yang mencetuskan fenomena seluruh dunia itu.

Benjy tunjuk lokasi dadah kepada polis

Wednesday, April 20, 2011 0 Komen

Mahkamah Majistret di sini semalam memutuskan bahawa pelakon Benjy secara sukarela menunjukkan lokasi dadah yang disimpan di rumahnya ketika serbuan pada 11 Mac tahun lalu.

Dalam penghakimannya, Majistret Hafizza Sauni berkata, pelakon tersebut tidak diancam semasa menunjukkan bahan itu kepada anggota polis yang membuat serbuan.

Sehubungan itu, beliau menerima perkataan 'ada' yang disebut Benjy ketika ditanya oleh pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Mohd. Ashril Md. Johar mengenai bahan salah ketika serbuan itu menunjukkan kerelaan pelakon tersebut.

Pada 19 Ogos tahun lalu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy memohon supaya diadakan bicara dalam bicara bagi menentukan kerelaan pelakon itu menyebut perkataan 'ada' bagi merujuk soalan Mohd. Ashril mengenai barang salah di rumahnya di Menara Duta 2 di sini.

Hafizza kemudian membenarkan permohonan Amer dan menetapkan ia dijalankan dengan pihak pendakwaan memanggil tiga saksi anggota polis manakala Benjy dipanggil oleh pihak pembelaan.

Raja Azmi nak saman Norhayati

Wednesday, April 20, 2011 0 Komen

Raja Azmi Raja Sulaiman berhasrat menyaman bekas isteri pemain badminton negara Muhd. Roslin Hashim, Norhayati Othman, 39, yang didakwa telah membuat dakwaan khalwat ke atasnya sehingga menjatuhkan maruah diri dan keluarganya tahun lalu.

Menurut peguam syarie, Roslizam Rahim yang mewakili Raja Azmi, anak guamnya itu turut bercadang mengemukakan saman yang serupa terhadap kesemua yang terlibat dalam fitnah tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak memberitahu bila saman itu akan difailkan di mahkamah.

Sementara itu, Raja Azmi dipanggil ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam bagi memberi keterangan berhubung satu dakwaan khalwat dengan Muhd. Roslin pada tahun lalu.

Wanita itu hadir bersama suaminya, bekas pemain badminton, Jailani Sidek dan Roslizam ke Pejabat Hal Ehwal Siasatan Jawi pukul 10.45 pagi.

Menurut Roslizam, anak guamnya itu memberi keterangan selama dua jam kepada pegawai penyiasat berhubung satu laporan khalwat difahamkan dibuat oleh Norhayati.

Lirik Lagu Dara - Ariel Peterpan

Wednesday, April 20, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Dara Ariel Peterpan

Dan jangan kau bersedih
Ku tau kau lelah
Tepiskan keruh dunia
Biarkan mereka..biarkan mereka

Tenangkan hati disana
Tertidur kau lelap
Mimpi yang menenangkan
Biarkan semua..biarkan semua

Kurangi beban itu
Tetap lihat ke depan
Tak terasingkan dunia
Dua jiwa perih

Masih ada disana tempat kita berdua
Dan hati yang menyatu
Tempat kita berdua

Kurangi beban itu
Tetap lihat ke depan
Tak terasingkan dunia
Dua jiwa perih
Masih ada di sana untuk kita berdua

Jangan Tanya Aku Lagi tiada kaitan dengan Julfekar - Julfekar

Tuesday, April 19, 2011 0 Komen

Penyanyi Farawahida, 26, menolak persoalan sesetengah pihak kononnya lagu Jangan Tanya Aku Lagi mempunyai kaitan kisah cintanya dengan komposer Julfekar sebelum ini.

Lagu ciptaan 6ixth Sense itu sedang popular di kalangan pendengar apabila ia menjadi lagu tema untuk drama bersiri Mata Ayer menerusi slot Legenda di TV3.


Drama terbitan Zeel Production itu disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama satu jam bermula pukul empat petang.

Menurut wanita yang mesra disapa nama Fara ini, dia sudah menduga pasti ramai yang mengaitkan dirinya dengan lirik dan tajuk lagu tersebut.

“Idea tajuk lagu itu saya fikirkan secara spontan. Ia tiada kena-mengena dengan diri saya dan komposer itu. Lagipun liriknya diilhamkan oleh ahli kumpulan 6ixth Sense.

“Bagaimanapun, semuanya terpulanglah kepada persepsi pendengar untuk menilai lagu berkenaan,” katanya kepada mStar Online Isnin.

Jelasnya, dia menyukai lirik lagu tersebut yang dirasakan mempunyai jalan cerita tersendiri.

“Sebenarnya sesuatu lagu yang baik bermula daripada lirik dan kemudiannya barulah melodi.

“Sesetengah orang sukakan lagu yang mempunyai persoalan atau cerita,” ujar Fara yang kembali aktif dalam industri seni.

Tambah Fara lagi, lagu tersebut merupakan lagu pertama yang dihasilkan dengan usaha dan modalnya sendiri sejak pertengahan tahun lalu.

Penyanyi lagu Tanpamu ini juga bakal muncul dalam filem Baik Giler yang telah selesai penggambaran pada Julai lalu.

Filem komedi terbitan Layar Dimensi tersebut turut dilakonkan oleh Zizan Raja Lawak, Sharifah Shahira, Awie dan Abon.

Filem 'Man Sewel Datang KL' Bukan Menghina

Tuesday, April 19, 2011 0 Komen

Filem Man Sewel Datang KL dihasilkan bukan untuk menghina manusia yang kurang siuman atau sewel sebaliknya bertujuan memberikan pengajaran ke arah kebaikan.


Menurut Penerbit Eksekutif, Work Move Production Sdn Bhd, Hamizi Mat Juah, filem arahan Rahman Adam itu memaparkan tentang lelaki yang berperangai “gila-gila” tetapi berfikiran bijak.

“Saya dapat rasakan perkataan ‘sewel’ akan menimbulkan konotasi yang negatif. Tetapi sewel yang ingin kami ingin tonjolkan dalam filem ini adalah sesuatu yang boleh diterima masyarakat.

“Shuib (Sepah) yang memegang watak Man Sewel dalam filem ini sebenarnya seorang yang bijak. Misalnya, dia memberikan idea untuk menukarkan nama perniagaan nasi ayam dara kepada nasi ayam janda. Selepas itu, terus perniagaan itu laris,” katanya mengenai filem yang telah selesai penggambaran pada awal April lalu.
Julia Ziegler turut membintangi filem Man Sewel Datang KL.

Filem genre komedi itu turut dilakonkan oleh Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris serta Fida Ibrahim.

Jika filem ini mendapat sambutan, pihak produksi mahu menjenamakan nama sewel pada jangka masa panjang.

“Kami ingin menjadikan sewel sebagai suatu jenama dan membuat komik seperti jenama Doraemon di Jepun sekiranya filem ini berjaya di pawagam.

“Jadi, kami berharap supaya filem ini boleh diterima oleh penonton,” ujarnya.

Bercerita tentang kekuatan filem tersebut, Hamizi menganggap gabungan Shuib (Sepah) dengan isterinya, Siti Sarah bakal memberikan populariti kepada filem tersebut kerana pasangan itu baru pertama kali digandingkan bersama-sama dalam sebuah filem.

“Kita juga mempertaruhkan pengarah filem ini iaitu Rahman Adam yang kembali mengarah selepas beberapa tahun dan kami yakin dengan kreativiti yang diberikan.
Hamizi Mat Juah. - Foto CHAN TAK KONG

“Saya rasa tertarik selepas membaca skripnya dan terus memilih untuk bekerjasama dengannya.

“Selain itu, penonton akan melihat kelebihan Shuib yang bergerak seorang diri tanpa anggota Sepah yang lain iaitu Jep dan Mamat,” katanya.

Tambahnya lagi: “Kumpulan May juga akan muncul dan melancarkan ulang tahun mereka ke-25 dalam filem ini. Mereka akan tampil dalam sebuah konsert dengan menyanyikan lagu-lagu baru.”

Ini merupakan kerjasama pertama Hamizi dengan Work Move Production Sdn Bhd dalam pembikinan filem kerana sebelum ini dia biasa membantu dalam penerbitan drama dan memfokuskan kepada perniagaan barangan teknologi maklumat seperti mengedar barangan Telekom Malaysia.

American Idol: Nikki Reed bercinta dengan peserta Idol

Monday, April 18, 2011 0 Komen

Tersingkir dari rancangan realiti American Idol baru-baru ini mungkin merupakan mimpi buruk buat seorang daripada pesertanya, Paul McDonald.

Namun, mimpi buruknya berkesudahan baik apabila McDonald kini dilapor sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktres filem Twilight Saga, Nikki Reed.

Bekas peserta American Idol itu mengesahkan dia dan Reed kini sedang bercinta kepada pengacara rancangan Access Hollywood, Billy Bush.

Pasangan tersebut bertemu semasa McDonald membuat persembahan ketika dia masih dalam pertandingan American Idol.

Penyanyi itu bagaimanapun menjelaskan hubungan mereka masih di peringkat awal dan Reed banyak membantunya ketika dia di dalam pertandingan.

"Dia sangat hebat dan sentiasa menyokong saya," kata McDonald.

Kesibukan menjadi penghalang buat pasangan kekasih itu untuk mengadakan temu janji apabila McDonald sibuk dengan persediaan jelajah American Idol manakala Reed pula dengan penggambaran filem Twilight Saga - Breaking Dawn: Part II.

"Walaupun kami sibuk dengan karier masing-masing namun kami berusaha untuk meluangkan masa bersama," ujar McDonald. - Agensi

Ulasan Filem Dilarang Masuk

Sunday, April 17, 2011 0 Komen

Tak ubah seperti 'indah khabar dari rupa', mungkin pepatah itu paling tepat untuk merumuskan tentang filem ngeri dan suspens, Dilarang Masuk (DM) arahan Jeffrey Chiang ini.

Secara visual, DM nampak seperti filem ngeri dan suspens ala Wrong Turn (2003) ataupun The Silence of the Lambs (1991) tetapi pengisiannya dangkal dan longgar.


Maka, tidak keterlaluan menyifatkan DM sebagai sebuah filem yang tidak seimbang.

Aspek teknikalnya memang membanggakan. Percubaan produksi Cineworks menggunakan kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) Canon EOS 5D Mark II untuk merakamkan filem ini ternyata menghasilkan visual yang istimewa.
Babak cemas menyaksikan pertelingkahan antara Bad (Muniff Isa) dan Ronnie (Azma Aizal Yusoof).

Diperkuatkan pula dengan pewarnaan filem yang suram dan kelam lebih membangkitkan keghairahan dalam mengupas misteri di sebalik plotnya.

Malah, syot-syot yang baik dan suntingan filem ini berjaya menghasilkan transisi babak yang lancar dan segar.

Pun begitu, kekuatan sudut teknikal itu gagal melonjakkan DM kerana ia dicemari kecelaruan naratif dan plot yang longgar.

Bagai tiada arah, ungkapan dialog yang dilontarkan para pelakonnya gagal menaikkan momentum debaran dan suspens.

Malah, kebanyakan dialog juga dirasakan tidak bersesuaian dan bertentangan dengan babak-babak yang dipaparkan.

Contohnya, ungkapan dialog yang santai dan tidak relevan pada babak cemas atau seram, bukan saja menjengkelkan malah merencatkan tumpuan tontonan. Jika bukan kerana sokongan teknikal yang baik, nescaya DM akan binasa.

Muka-muka baru yang menjadi pertaruhan filem ini pun tidak berhasil seperti yang diharapkan.
Shiqin Kamal tidak meyakinkan menggalas watak Fatia.

Mungkin paling menarik perhatian adalah Azma Aizal Yusoof (sebagai Ronnie) yang bersahaja dan meyakinkan dalam memacu karakter antagonis.

Manakala tiga lagi bakat baru iaitu Shiqin Kamal (Fatia), Isma Hanum Husein (Juli) dan Muniff Isa (Bad) gagal menyerlah.

Paling mengecewakan adalah lakonan Shiqin Kamal yang kaku, hambar dan tiada jiwa. Jika diikutkan, Shiqin ternyata lebih berpengalaman menerusi filem Lagenda Budak Setan (2010) sebelum ini tetapi aksinya dalam DM masih di takuk itu juga.

Kemunculan aktor berpengalaman yang juga penerbit filem ini, Esma Daniel sebagai lelaki psiko bernama Rawis pula sekadar melengkapkan filem.
Pengarah dan lakon layar, Jeffrey Chiang kurang berkesan menggarap Dilarang Masuk.

Jelas sekali, lakon layar dan garapan lemah filem ini tergalas di bahu Jeffrey Chiang yang kurang berkesan mencorakkan DM sebaik mungkin.

Kalaulah filem ini diimbangi plot, naratif dan garapan yang baik, DM sebenarnya mampu menjadi filem yang berkualiti kerana terdapat mesej dan tanggungjawab sosial yang baik di sebaliknya.

Ringkasnya, filem ini mengupas tentang aktiviti pendermaan organ secara haram yang berleluasa di serata dunia.

Misteri DM bermula apabila empat sekawan Fatia, Ronnie, Juli dan Bad yang tersesat di dalam hutan bertemu dengan sebuah banglo usang.

Memandangkan hari semakin gelap, mereka memutuskan untuk bermalam di rumah itu. Tanpa diketahui, kedatangan mereka sebenarnya telah merungkai sebuah misteri yang bakal menentukan hidup dan mati mereka.

FILEM: Dilarang Masuk
ARAHAN: Jeffrey Chiang
LAKONAN: Shiqin Kamal, Isma Hanum Husein, Azma Aizal Yusoof, Muniff Isa, Esma Daniel
GENRE: Ngeri, suspens, misteri
DURASI: 1 jam 30 minit
EDARAN: Metrowealth
TAYANGAN: 7 April 2011

Ulasan WAHIDUZZAMAN

~ Mstar

Siasatan Kes Video Seks Selesai - Acryl

Sunday, April 17, 2011 0 Komen

Polis telah menyiapkan laporan siasatan rakaman video aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

"Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

"Kita tunggu sahajalah...kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu," katanya.

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Susulan itu, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat berkenaan bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya dan memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan.

"Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu," kata Acryl.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.

Misteri Datuk T yang bermaksud "Trio" itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila Rahim, Shazryl Eskay dan Shuib mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. - BERNAMA

Biodata Profil Najwa Latif

Sunday, April 17, 2011 0 Komen

Biodata Profil Najwa Latif
Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Tarikh Lahir: 23rd May 1995
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Status: Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.
Laman Sosial:
Blog: www.najwalatifs.blogspot.com
Facebook Fanpages: najwalatif
Twitter: @njwalatif
YouTube: www.youtube.com/najwa595

 Najwa Latif

Sidek Hussin niaga koleksi antik

Saturday, April 16, 2011 0 Komen

Di Ipoh, beliau akan menuju ke Pasar Pagi (Memory Lane) kerana di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai itu, Sidek ada tapak perniagaan barang-barang antik dan terpakai.

Suami kepada Sebiah Sulaiman, 58, itu berkata, kebanyakan barangan jualannya itu dibeli daripada orang perseorangan di kawasan luar bandar.


Antara koleksi barangan antik yang menjadi kesayangannya adalah biola lama dari Republik Czech, piring hitam lagu-lagu dendangan Tan Sri P. Ramlee, gesekan biola Dr. Hamzah Dolmat serta lagu-lagu daripada filem Hindi.

Selain itu, Sidek juga mempunyai satu koleksi cendawan liar yang berupa ikan yang dibeli daripada Orang Asli serta beberapa almari lama yang diguna.

"Setiap kali shooting di kawasan kampung, saya rajin bertanya pada orang sekitar kalau-kalau mereka ada barangan lama yang hendak dijual. Ada yang saya beli dan ada juga hadiah daripada peminat.

"Sekarang ini, saya lebih gemar mengumpul kitab-kitab lama kerana barangan antik ini sudah ramai yang berniaga. Kalau kitab-kitab lama saya tidak jual tapi untuk kegunaan sendiri. Kalau ada yang nak menjual, saya sedia membeli," katanya.

Kata Sidek, ada koleksi kitab-kitabnya yang berusia lebih 100 tahun kerana beliau mula mengumpul bahan bacaan itu sejak muda lagi.

Antara kitab lama koleksinya berkaitan tauhid, fiqah dan tariqat yang diperoleh ketika menjalani penggambaran di kawasan pedalaman Terengganu dan Johor.

"Kitab-kitab saya tidak jual kerana penulis naskhah itu sudah tidak ada lagi di dunia ini. Bukan senang nak cari kitab-kitab lama sebab kitab terjemahan dari Mesir dan Malaysia berbeza.

"Saya suka baca kitab-kitab lama itu pada waktu lapang. Apabila membaca secara tidak langsung, kita akan rasa makin banyak ilmu yang kita kurang.

"Terutamanya kalau membaca kitab tasawuf. Ilmu tasawuf mengajar kita untuk mendekatkan diri dengan Allah," katanya yang berguru dengan guru tahfiz di Kuala Kangsar, Perak, Ustaz Astar.

Beliau yang banyak mendalami ilmu tasawuf itu mengambil keputusan akan bersara dari dunia lakonan dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Menjadi Tok Malam dalam filem Karak yang bakal ditayangkan pada 26 Mei ini, Sidek berkata, sekarang ini beliau berlakon kerana ia merupakan punca pendapatannya.

"Namun saya tidak akan berlakon untuk selama-lamanya kerana bakat itu tidak akan membantu saya bila berada di alam baqa. Saya paling takut kalau meninggal dunia ketika shooting.

"Lagipun anak-anak saya sudah besar. Anak bongsu, Mohd. Adam, 21, bakal jadi doktor. Lagi dua tahun tamat belajar di Universiti Malaya. Mustahil dia tidak mahu menjaga ibu bapanya kelak," katanya yang mempunyai lima orang anak dan lima cucu.

Anak-anaknya yang lain adalah Khairul Nizam, 32, Siti Hajar, 31, Umi Kalsom, 30, dan Siti Mariam, 27.

Impian Pierre Andre ingin berkahwin

Saturday, April 16, 2011 0 Komen

Bila ditanya tentang impiannya selepas menginjak usia 26 tahun pada 17 Mac lalu, tanpa berfikir panjang Pierre Andre memberitahu dia mahu segera mendirikan rumah tangga.

Ternyata dia begitu teruja saat diajak berbicara lanjut tentang soal perkahwinan sementelah Pierre merasakan dia kini sudah cukup matang untuk bergelar seorang suami dan bapa.


Menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya yang merupakan seorang kerabat diraja selama tiga tahun, Pierre memberitahu dia kini berada di dalam fasa untuk mengenali hati budi belahan jiwanya itu dengan lebih mendalam.

“Kami mula kenal antara satu sama lain selepas diperkenalkan oleh salah seorang kawan kami. Semuanya bermula sebagai sahabat dan lama-kelamaan, hubungan itu mula melangkah ke fasa seterusnya.

“Saya beruntung apabila mendapat seorang wanita yang bagi saya cukup hebat sepertinya. Dia tidak pernah menjadikan status dan latar belakangnya sebagai halangan dalam percintaan kami.

“Apa yang membuatkan saya kagum dengannya adalah sifat rendah diri yang dimilikinya dan memandangkan usia saya pun sudah 26 tahun, saya fikir ia adalah waktu terbaik untuk saya berkahwin,” kata Pierre dalam nada teruja dengan wajah yang berseri-seri.

Menyambung bicara, Pierre enggan mendedahkan identiti wanita yang telah bertakhta di hatinya itu. Namun, apa yang boleh dikongsi Pierre apabila dia memberitahu kekasihnya itu hanyalah insan biasa dan berkhidmat dalam dunia perbankan.

Diusik adakah ibunya, seniwati Khatijah Tan sudah bersedia menerima menantu sulung, Pierre hanya ketawa.

“Dia (Khatijah Tan) sudah pun beri lampu hijau untuk saya berkahwin disebabkan usia saya sudah pun mencecah 26 tahun. Dia mahu memastikan saya benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ketua keluarga.

“Insya-Allah, jika tiada aral melintang, kami akan berkahwin tahun depan seperti mana yang dirancangkan,” ujar Pierre yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu lagi.

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga kelak, Pierre atau nama sebenarnya Mohd. Pierre Andre Nazarul Andre tetap akan meneruskan kariernya sebagai seorang pelakon dan pengarah.

Dalam masa yang sama, dia juga kini mula mengatur langkahnya demi perancangan masa depannya selepas bergelar suami nanti.

“Saya teringin untuk membuka syarikat produksi sendiri dan membikin filem serta melakukan bisnes lain. Malah, saya juga berminat untuk membuka perniagaan francais sebagai persediaan seandainya saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam dunia seni,” jelasnya yang cukup popular dengan watak Reza menerusi filem dan drama rantaian Gol & Gincu ini penuh bersungguh.

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Profil dan Gambar Faezah Elai

Thursday, April 14, 2011 0 Komen

Biodata Faezah Elai


NAMA: Noor Faezah Elai
TEMPAT LAHIR: Gelugor, Pulau Pinang
TARIKH LAHIR: 16 Ogos 1982
USIA: 28 tahun
STATUS: Bujang
ADIK-BERADIK:Anak sulung daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
HOBI: Mendengar muzik
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model
FILEM: Otai, Adik Manja Returns, Cun, Awekku Pontianak, Senjakala dan Mantera.
DRAMA: Antaranya, Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya, Hartamas, Anak Mamak Menantu Mami, Dendam Kesumat, Asmara.
IKLAN: Antaranya Kotex, Canon, Milo, Radox, Vanish, Celcom
HOS RANCANGAN: Antaranya Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro), Hypermarket Saga (TV9), Seri (TV3)
PENCAPAIAN: Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Goergeous People bagi majalah Female.

Harga Emas Dunia Meningkat 2011

Thursday, April 14, 2011 0 Komen

Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.


"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

Bumiputra Rockers - Dendam Cinta Seusia Lirik

Thursday, April 14, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Dendam Cinta Seusia - Bumiputra Rockers

Dimanakah bumi yang tidak
Dibahasi hujan
Begitulah cintaku
Di setiap langkahmu

Bergelora rindu selaut
Didalam hidupku
Pantai yg tak bertepi
Menjadi sendu pilu sepi ditinggalkan

Mengapa kau menutup hatimu
Bila cinta tiba
Lemaslah aku di telan air mataku
Ketika ini

Ku titiskan sisa wajah yang melekat di hatiku
Ku buangkan jasad cinta yang terlena pencarian
Sekian lama terpedaya
Kerananya rindu syahdu
Cinta lara jadi arca kehidupan

Denyut hati mengalirkan dendam
sepi pun berbahang
tidaklah aku menjunjung cinta ini
seusia dunia...

Lirik Lagu Bukan Untuk Menyerah - Nineball

Thursday, April 14, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Bukan Untuk Menyerah - Nineball

Engkau yang terindah
Yang pernah ada di hidupku
Kini kau menjauh tuk bersama dirinya

Aku salah tapi bukan aku kalah
Mungkin kamu lelah
Tapi bukan untuk menyerah

Reff:
Janganlah pergi dari hidupku
Tetaplah di sini temani aku
Aku akan mati ditinggal kamu
Aku takkan cari hati yang lain

Aku salah tapi bukan aku kalah
Mungkin kamu lelah
Tapi bukan untuk menyerah

Back to Reff:

'Azura 2011' : Penerbit Tak Mampu Bayar Jamal Abdillah

Thursday, April 14, 2011 0 Komen

Penyanyi Jamal Abdillah mengaku meletakkan harga tinggi untuk tampil dalam filem Azura 2011 bagi menjaga nilai eksklusif dirinya.

Bagaimanapun katanya, pihak produksi Ace Motion milik pengarah Aziz M. Osman tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.


Menurut Jamal, sebagai seseorang yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni, dia agak memilih dalam setiap tawaran yang diberikan kepadanya.

"Saya bukan menolak untuk berlakon dalam filem tersebut tapi mereka yang tidak dapat memenuhi permintaan dengan harga yang saya cadangkan.

"Saya tidak mahu perkara lama seperti ketika saya berlakon dalam filem Azura dahulu berulang kembali kerana saya merasakan pengorbanan saya tidak berbaloi.

"Walaupun filem tersebut popular dan dikenali tapi bayaran yang diberikan terlalu sedikit, lebih baik saya ambil tawaran menyanyi," ujarnya ketika sidang media Hari Ibu Bersama Jamal Abdillah, Rabu.

Jelasnya, bukan sahaja pada bidang lakonan, malah dia turut memilih setiap tawaran persembahan nyanyian yang diberikan kepadanya.

"Saya tidak mahu orang jemu melihat saya, oleh itu saya hanya buat persembahan untuk beberapa majlis yang saya rasa ia berbaloi dan mereka sanggup dengan harga yang saya tawarkan.

"Bagaimanapun jika sesuatu majlis itu ada kerjasama dengan pihak kerajaan atau sebagai persembahan amal, saya boleh mempertimbangkannya," kata Jamal yang bakal keluar dengan album terbarunya nanti.

Tambahnya seseorang artis itu perlu menjaga nilai eksklusif mereka agar tidak diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam pada itu, dia bakal membuat persembahan sempena sambutan Hari Ibu pada 17 Mei ini yang akan berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC).

Persembahan kali kedua tersebut juga berikutan sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton tahun lalu.

Menurut Jamal, kali ini dia akan menjanjikan kelainan dari segi pemilihan lagu yang belum pernah dibawakan sebelum ini.

"Saya akan dendangkan lagu-lagu yang berlainan berbanding persembahan tahun lalu termasuklah lagu terbaru saya berjudul Bonda.

"Selain itu juga, saya sedang merancang beberapa gimik untuk penonton yang hadir, antaranya memanggil mereka untuk berduet lagu Sandarkan Pada Kenangan dan Kehebatan Cinta," katanya.

Ditanya tentang perkembangan peribadi, penyanyi lagu Seroja ini mengakui belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

"Saya ingin fokus kepada syarikat saya terlebih dahulu kemudian baru saya fikir untuk mencari pasangan.

"Lagi pula kedua-dua anak saya masih kecil dan susah untuk menjawab pertanyaan mereka. Biarlah mereka besar, baru saya fikir tentang itu," kata bapa kepada Osama Yamani, 11, dan Ahmad Zaki Yamani, 5.

Kereta mewah jenis Audi Q5 dibeli Scha sendiri

Thursday, April 14, 2011 0 Komen

Awal Ashaari menjelaskan kereta mewah jenis Audi Q5 yang bernilai lebih RM300,000 dibeli sendiri oleh kekasihnya, Scha Al-Yahya.

Awal berkata, dia tidak mampu memberikan kereta itu sebagai hadiah untuk seorang kekasih kerana harganya yang mahal.

Awal Ashaari

"Saya tidak mampu menghadiahkan sebuah kereta mewah seperti itu. Hal ini hanyalah spekulasi semata-mata dan ia tidak patut diperbesarkan kerana boleh membahayakan diri Scha sendiri.

"Dalam masa yang sama ia menunjukkan saya seorang pelakon yang hidup sedangkan rasanya, Scha lebih berkemampuan daripada saya. Saya harap penjelasan ini dapat menutup spekulasi yang dilemparkan," katanya yang ditemui di sidang akhbar Tiger Futbol Starz musim kedua di Restoran Ecoba, PJ Trade Center, di sini, Rabu.

Awal membuat penjelasan tersebut berikutan tersiarnya gosip di sebuah akhbar tabloid harian yang mengatakan Scha menerima sebuah kereta Audi Q5 yang diberikan oleh Awal sebagai hadiah dengan menggunakan nombor pendaftaran empat digit.

Bagaimanapun, jelas Awal lagi, Scha sedikit terkilan apabila laporan gosip berkenaan turut menyiarkan nombor plat kereta tersebut.

"Dia agak marah kerana nombor plat disiarkan. Saya faham perasaannya kerana paparan nombor plat itu seperti kita memaparkan nombor telefon kepada umum.

"Maklumlah, sekarang ini macam-macam perkara buruk boleh terjadi dan spekulasi ini boleh membahayakan Scha. Manalah tahu kalau ada yang mengekorinya daripada belakang kereta tanpa sedar.

"Lagipun siapa yang tidak sakit hati apabila sesebuah benda itu dibeli hasil daripada titik peluh sendiri yang kemudiannya disensasikan?” ujarnya

Sementara itu, kata Awal, dia sedang merancang untuk berkahwin dengan Scha pada tahun ini atau pada tahun depan.

"Setakat ini ada perancangan untuk mempercepatkan perkahwinan kami. Tetapi buat masa ini, jadual kami agak padat dengan karier masing-masing.

"Tambah pula, kedua-dua belah keluarga mahu ikatan perkahwinan ini mengikut adat. Pastinya ia mengambil sedikit masa," tuturnya.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

RM3 Juta Dikutip Muat Turun Lagu 6ixth Sense

Thursday, April 14, 2011 0 Komen

6ixth Sense telah berjaya menjual lagu-lagu dalam album Tambah Tolak Darab Bahagi secara digital di mana sebanyak 1 juta lagu telah dimuat turun.

6ixth Sense

Menurut vokalisnya, Adi Priyo Sambodo, 27, setiap lagu dijual pada harga RM3 dan dianggarkan lebih RM3 juta berjaya dikutip hasil jualan muat turun lagu daripada album tersebut.

Selain Adi, kumpulan yang popular dengan lagu Tanpa, Menyesal, Khatimah Cinta dan Hari Ini Dan Semalam itu turut dianggotai oleh Mohd Faiz Azizi Arlis (Gjie-gitar utama), Shahrul Effendy Sha’ri (gitar kedua), Muhammad Fairos Ramli (Ayoy-bass) dan Mohamad Safwan Hasnan (Wan-drum)

Malah kemenangan sebagai Artis Mobile Terbanyak di Shout Awards 2010 menerusi lagu Tanpa dan Artis Mobile Popular 2010 di Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010 seolah-olah membuktikan tentang kejayaan muat turun lagu mereka.

Bukan itu sahaja, anugerah Artis Duo/ Berkumpulan Popular di ABP 2010 yang dimenangi 6ixth Sense baru-baru ini juga menunjukkan mereka semakin mendapat tumpuan ramai.

“Kami bersyukur dengan kejayaan sebelum ini dan rasanya belum terlambat untuk menerima anugerah atas ‘tiket’ popular selepas enam tahun berada dalam industri seni.

“Sebolehnya, kami tidak mahu terlalu cepat ‘naik’ kerana bimbang akan cepat ‘jatuh’ kemudian hari. Kalau boleh, kami nak kekal diminati disebabkan karya-karya yang dihasilkan oleh 6ixth Sense.

“Kami rasa kelainan muzik gabungan dari dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia yang menjadi kelebihan untuk peminat,” ujar Adi dan Gjie dalam satu sidang media ketika majlis kesyukuran 6ixth Sense yang julung kali diadakan oleh kumpulan itu.

Majlis sempena meraikan kejayaan kumpulan tersebut di ABP 2010 yang lalu diadakan di restoran Shazana Pau Shop & Café di Wisma Yayasan Terengganu, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, di sini, Selasa.

Bercerita tentang impian lain 6ixth Sense, mereka ingin berduet dengan penyanyi Ramli Sarip, M. Nasir atau Mas Idayu. Selain itu, mereka teringin untuk melakukan konsert untuk peminat.

“Kami juga akan membikin semula album Tambah Tolak Darab Bahagi dengan menambah lagu popular berjudul Asmara,” kata Adi.

Kumpulan tersebut juga banyak menerima permintaan untuk menggubah lagu artis tempatan seperti Farawahida, Alyah, Mimi Haris dan Cat (Mentor).

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Biodata pelakon muda, Aeril Zafril

Wednesday, April 13, 2011 0 Komen


Biodata Aeril Zafril
Nama: Suhairil Suhari
Tarikh Lahir: 2 Disember 1988
Usia: 23 tahun
Asal: Batu Pahat, Johor
Karier: Pelakon
Status: Bujang
Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik
Drama: Kisah Kaisara, Kasut Tumit Tinggi, Kita, Senja Permai, Durja Ningsun, Klik, Putri Kayangan, Iqra dan Samson & Delaila
Filem: Aku Tak Bodoh, Cinta Kura-kura



Lirik Lagu Setitis Madu - Bumiputra Rockers

Wednesday, April 13, 2011 0 Komen

Bumiputra Rockers - Setitis Madu Lirik

Tangisan mu oh kekasih
didada malam
luka harimu
hati berlagu dan kelaparan

Dinding waktu waktu
kau berteduh dari kehidupan
yang rapuh sebarang takdir
pun tak mungkin roboh ....2x

Sekuntum mawar ditanganmu
meneduhkan restu dimuka penjuru
setitis madu

Pertemuan kau dan dia ngeri dan luka
irama dan sikap
menjadi mangsa pesona cinta pesona cinta

Biodata Profil Tasha Shilla

Wednesday, April 13, 2011 0 Komen

Biodata Tasha Shilla


Biodata Profil Tasha Shilla

NAMA: Natasha Sheila Abd Razak
NAMA KOMERSIAL: Tasha Shilla
ASAL: Ampang, Selangor
TARIKH LAHIR: 25 Januari 1987

KERJAYA: Model dan pelakon
FILEM: Ratu The Movie dan Klik 3GP
DRAMA: Dottie, Gemilang, Panggilan Arwah, Mila Kejar Cinta dan Sahara

Lirik Lagu Cinta Gila - Dewa

Wednesday, April 13, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Cinta Gila - Dewa

Hati hati dengan hatiku
Karna hatiku mudah layu
Jangan kamu bermain-main
Karna kutak’ main-main

Sungguh aku bersungguh-sungguh
Cintaku ini cinta mati
Mati-matian aku
Pertahankan cintaku

Aku takkan rela...bila kau tinggalkan
Aku kan berbuat...apa saja
Untuk mendapatkan kamu lagi

Rupa rupa alasan kamu
Untuk tetap tinggalkan aku
Rupanya kamu memang
Sudah tak cinta aku

Cintamu yang berbisa
Bisa racuni aku
Bisa-bisanya kamu mau tinggalkan aku

Farah AF akan berkahwin J akhir tahun

Wednesday, April 13, 2011 0 Komen

Setelah mengikat tali pertunangan bersama lelaki bernama J pada bulan Disember tahun lalu, penyanyi dan pengacara Farah Anuar atau Farah AF menjelaskan dia bakal mengakhiri zaman bujangnya pada penghujung tahun ini.


Masih belum memutuskan tarikh pernikahannya, namun kata Farah AF, ia akan ditentukan sedikit masa lagi.

"Tarikh belum ditentukan lagi, mungkin kedua ibu bapa kami yang akan tentukan kelak. Cuma harapan saya biarlah tarikh bersejarah itu dapat dihadiri oleh insan-insan yang saya sayangi seperti nenek-nenek saya.

"Maklumlah mereka ini semua dah tak berapa sihat jadi itu yang paling saya risaukan. Doa saya semoga mereka dapat hadir di majlis tersebut," katanya membuka bicara mengenai majlis perkahwinannya tersebut.

Sudah mula sibuk mencari kelengkapan dan persiapan perkahwinannya, bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Kedua ini, mengakui teruja bercampur risau untuk menantikan detik bersejarah dalam hidupnya itu.

"Saya sangat sibuk kini namun sudah mula mencari-cari kelengkapan yang perlu. Tapi yang sangat terujaadalah kedua-dua orang tua saya. Mereka yang bertungkus lumus mahukan itu dan ini. Mereka pilih apa saja dan saya tak ada masalah untuk terima cuma kadang kala bertukar-tukar pendapat sahaja,"jelasnya lagi kepada murai.com.my.

Ditanya mengenai perkenalannya bersama J yang juga mengusahakan perniagaan sendiri, dalam tersenyum malu, Farah menjelaskan segalanya berlaku secara tidak sengaja.

"Kami bertemu secara tak sengaja. Terserempak sebenarnya dan lokasi di mana kami terserempak tu biarlah ianya menjadi rahsia. Lama-lama bila dah berkawan saya semakin senang dengannya.

"Dia amat memahami memandangkan kami ini bercinta jarak jauh sebab saya di Kuala Lumpur dan dia pula di Pulau Pinang, tapi sikap saling mempercayai antara satu sama lain banyak membantu membina hubungan ini jadi kukuh dan sempurna," katanya yang tidak mempunyai masalah untuk menetap di Pulau Pinang selepas berkahwin.

Ameng Spring Kena 10 Sebatan, 8 tahun penjara

Wednesday, April 13, 2011 0 Komen

Ameng Spring dijatuhi hukuman penjara 8 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Selasa kerana kesalahan dadah.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.


Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.

Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu.

Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja.

Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipecayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu.Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut.

Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan.

Lirik Lagu Bersedia - Hana Abdul Aziz OST BoboiBoy

Wednesday, April 13, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Bersedia - Hana Abdul Aziz

Jangan takutkan langit yang gelap
Ayuh, beranikan diri sahaja
Kita hadapi semua bersama

Marilah
Kita pergi mengembara
Inilah masanya
Untuk bersuka ria

Jangan bimbang
Jangan diragu-ragukan
Pasti kan teruja
Biar ia bawa kau pergi

Bersedia
Pergi mengembara
Kini masanya
Bersedia
Bersedia

OST Keranamu Laila: Lirik Lagu Cuba - Aidil

Wednesday, April 13, 2011 0 Komen

OST Lagu Tema Keranamu Laila: Lirik Lagu Cuba - Aidil

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya



 

ZONFINITI