Kerajaan akan memberi fokus untuk menjadikan kawasan Pekan, Gambang, Gebeng, Pelabuhan Kuantan dan Bandar Kuantan sebagai Konurbasi Kuantan iaitu sebagai pengelompokan bandar utama di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Konurbasi Kuantan bakal mengikut jejak langkah pengelompokan bandar-bandar utama terkenal seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
"Antara projek utama dalam Konurbasi Kuantan adalah Taman Automotif Pekan, Bandar Pelabuhan Kuantan, Taman Halal Gambang dan Kelompok Industri Minyak Sawit.
"Konurbasi Kuantan ini dikenal pasti sebagai pusat pertumbuhan utama negara yang akan memacu pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan mengimbangi ketidakseimbangan antara wilayah," katanya ketika berucap merasmikan Kompleks Pemasaran Setempat (CMC) di Taman Industri Automatif Pekan di sini hari ini. – Utusan
Home » Unlabelled » Pekan, Gambang, Gebeng, Pelabuhan Kuantan dan Bandar Kuantan sebagai Konurbasi Kuantan
Pekan, Gambang, Gebeng, Pelabuhan Kuantan dan Bandar Kuantan sebagai Konurbasi Kuantan
Entri Lain
Permalink: Pekan, Gambang, Gebeng, Pelabuhan Kuantan dan Bandar Kuantan sebagai Konurbasi Kuantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment