MASALAH KEWANGAN PUNCA JENAYAH
Masalah kewangan adalah antara punca sesetengah individu terlibat dalam kegiatan jenayah, termasuk mengambil jalan mudah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata risikan polis menunjukkan ada sesetengah anggota kumpulan kongsi gelap itu pula bersedia menjadi pembunuh upahan, semata-mata mahu melangsaikan hutang.
Siasatan polis dalam kes pembunuh upahan ini termasuk membabitkan penggunaan senjata api, lazimnya akan mendapati suspek ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap selain mempunyai rekod jenayah lampau, katanya.
Menurut Mohd Bakri, pembunuh upahan akan terus wujud selagi ada pihak yang bersedia membayar upah dan kebiasaannya kes sedemikian bermotifkan dendam.
Sementara itu, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar melihat sikap tamak menyebabkan seseorang individu atau kumpulan berani melakukan jenayah menggunakan senjata api. "Selalunya ahli kongsi gelap yang tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk musuhnya akan bertindak mengupah orang lain untuk membunuh musuhnya tanpa berperikemanusiaan.
"Mereka ini (ahli kongsi gelap) akan melakukan jenayah terancang dengan mengetahui segala butiran mengenai musuhnya bagi memudahkan kerja (bunuh)," katanya kepada Bernama.
Menurut Akhbar, penjenayah terbabit tahu hukuman yang menunggu mereka jika tertangkap dan disabitkan kesalahan, namun nafsu terhadap duit dan kemewahan mengatasi rasa takut dikenakan tindakan undang-undang. Beliau juga bersetuju selain mahu hidup mewah, dendam juga antara motif kes pembunuhan di negara ini termasuk menggunakan pembunuh upahan.-BERNAMA

0 Komen:
Post a Comment