Iskandar Johor Mega Ride 2013 di Dataran Mahkota

Thursday, May 23, 2013

Iskandar Johor Mega Ride 2013

Lebih 4,000 peserta, termasuk dari luar negara dijangka menyertai Iskandar Johor Mega Ride 2013 di Dataran Mahkota, di sini, pada 6 Julai ini yang turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Records kerana penyertaan ramai.

Program itu anjuran Mercu Etika Sdn Bhd (Mercu Etika) dengan kerjasama pasukan Ronda Riadah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS).

Pengerusi Ronda Riadah IPD JBS, Inspektor Hasbullah Noor, berkata program itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM25,000 bagi kategori Road Bike, Fixie, Mountain Bike, Fun Ride dan Children Ride.

Dijangka disertai 36 negara

Katanya, pertandingan kali ini dijangka disertai 36 negara, termasuk Singapura, Indonesia, Australia, China, Thailand, Kanada, Hong Kong, Austria, Filipina, Jerman dan England, selain membabitkan peserta tempatan.

Bagi kami, hadiah yang ditawarkan hanyalah sebagai bonus. Apa yang penting, kita mahu menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat menerusi aktiviti berbasikal.

Rapat hubungan polis dan masyarakat

Bukan itu sahaja, program itu diharap mampu merapatkan lagi hubungan polis dan masyarakat, selain mempromosikan Johor sebagai destinasi pelancongan yang selamat, katanya pada majlis pelancaran program itu di Puteri Harbour.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Dr Zaini Abu Bakar; Pengarah Tourism Malaysia Johor, Edzuar Zar Ayob Azahari dan Pengarah Urusan Mercu Etika, Sharifah Shaheerin Syed Sheikh.

Hasbullah berkata, program itu juga bertujuan mempromosikan Kota Iskandar, yang menempatkan pusat pentadbiran negeri serta produk pelancongan lain seperti Legoland, Lat's Place dan Hello Kitty.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI