FBI akan kerah ejen dan pakar teknikal bantu siasatan kehilangan pesawat MH370
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan mengerahkan ejen dan pakar teknikalnya bagi membantu siasatan dalam kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370.
Memetik laporan berita akhbar Los Angeles Times, tindakan tersebut dilakukan kerana terdapatnya tiga warga Amerika Syarikat yang menaiki pesawat tersebut.
Menurut, pegawai tertinggi agensi, terdapat seorang bayi yang juga terbang bersama-sama tiga warga negara yang dipercayai warganegara Amerika Syarikat.
“Ini merupakan “permulaan” bagi kami dalam kes ini namun apa yang terjadi masih lagi misteri,” kata pegawai tersebut di Washington.
Amerika Syarikat kini melihat kemungkinan insiden tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas.
Kemungkinan seperti ini merupakan perkara yang selalu dilihat oleh negara tersebut apabila berlakunya kejadian pesawat terhempas.
“Walaupun dikatakan terdapat dua penumpang pesawat tersebut yang menggunakan pasport yang dicuri, tiada tanda bahawa ini adalah satu serangan pengganas. Pasport yang dicuri lazimnya tidak membawa indikasi bahawa ianya sebuah serangan pengganas,” kata seorang pegawai divisyen anti-pengganas.
Pegawai penguatkuasa undang-undang dilarang untuk membincangkan perkara ini secara terbuka, namun sehingga kini tiada “bukti” yang mengatakan bahawa ianya berkaitan dengan aktiviti pengganas.
Ejen FBI akan meneliti video rakaman imej-imej penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terutamanya di bahagian-bahagian kaunter tiket, seksyen keselamatan dan juga kawasan balai berlepas.
Imej-imej yang dirakam itu kemudiannya akan dipadankan dengan teknologi biro tersebut untuk melihat sama ada terdapat padanan data dengan suspek-suspek pengganas Al-Qaeda dan juga organisasi pengganas yang lain.
Namun, pegawai tersebut berkata sehingga kini tiada rangkaian pengganas juga organisasi yang muncul dan mendakwa bertanggungjawab dalam nahas pesawat tersebut yang tiba-tiba terputus komunikasi dengan menara kawalan ketika dalam perjalanan ke Beijing membawa 239 penumpang.
Meskipun terdapat petanda-petanda positif dimana kehilangan pesawat berjaya dikesan apabila pesawat tentera Vietnam mengesan dua tompokan minyak yang besar di perairannya namun tiada pengesahan rasmi yang boleh mengaitkannya dengan pesawat malang tersebut.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat juga berkata Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) dijangka akan dibawa bersama untuk siasatan ini disebabkan pesawat tersebut direka oleh Boeing di negara itu. ~ Awani

0 Komen:
Post a Comment