Sejarah Arsenal sepanjang Mac

Friday, March 07, 2014

Sejarah Arsenal sepanjang Mac

Sejak ditubuhkan pada 1886, sudah terlalu banyak sejarah yang dilakar Arsenal tetapi, bukan mudah untuk mana-mana individu mengingatinya.

Mujurlah, kakitangan di kelab berkenaan terfikir mengenai kepentingan menyimpan catatan atas apa yang berlaku di kelab berkenaan sebagai ingatan buat semua warga Arsenal tidak kira sama ada ia pahit atau manis.

Sepanjang Mac, sebagai sebuah kelab yang sudah berusia lebih satu abad, Arsenal turut mempunyai kenangan tersendiri dan ikuti catatan yang dapat diabadikan warga Gunners yang menjadi kebanggaan semua peminat kelab berkenaan.

1 Mac 1987: Arsenal berjaya memaksa separuh akhir Piala Littlewoods diulang semula selepas menang 2-1 di Tottenham Hotspurs.

2 Mac 2000: Arsenal membelasah kelab Sepanyol Deportivo la Coruna 5-1 pada perlawanan pertama pusingan keempat Piala UEFA.

3 Mac 1906: Woolwich Arsenal menundukkan Birmingham 5-0 dan ia adalah rekod kemenangan terbesar Gunners ke atas skuad berkenaan.

4 Mac 1987: Arsenal melangkah ke Wembley untuk mengharungi final Piala Liga selepas mengalahkan Spurs 2-1 di separuh akhir.

5 Mac 1994: Ian Wright meledak hatrik kelimanya bersama Gunners ketika menang 5-1 di Ipswich Town.

6 Mac 1935: Arsenal melakar rekod kemenangan terbesar ke atas Spurs apabila membelasah pasukan tuan rumah 6-0.

7 Mac 1973: Pemain tengah kebanggaan Arsenal Ray Parlour dilahirkan di Romford, Essex.

8 Mac 1958: Hatrik dan jaringan Clapton serta Bloomfield membolehkan Gunners menundukkan Chelsea 5-4 di Highbury.

9 Mac 1935: Arsenal mencatat rekod kehadiran penonton terbesar di Highbury iaitu seramai 73,295 ketika menentang Sunderland.

10 Mac 1993: Arsenal layak ke final Piala Coca-Cola selepas menewaskan Palace 2-0 pada separuh akhir kedua.

11 Mac 1981: Terry Neill membeli pemain tengah Wales, Peter Nicholas dari Crystal Palace.

12 Mac 1900: Arsenal mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah apabila membenam Loughborough Town 12-0 13 Mac 1957: Pengg anti Herbert Chapman, George Allison meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berusia 73 tahun.

14 Mac 1912: Penyerang prolifik Cliff Bastin dilahirkan di Exeter. Bastin menjaringkan 178 gol buat Arsenal.

15 Mac 1969: Arsenal tewas 3-1 pada final Piala Liga di tangan Swindon Town.

16 Mac 1935: Penjaga gol Frank Moss turut menjaringkan gol di Goodison Park ketika Arsenal menang 2-0 ke atas Everton.

17 Mac 1964: Pemain pertahanan terkemuka kelab, Lee Dixon dilahirkan di Manchester. 18 Mac 1970: Arsenal menewaskan kelab Romania Dinamo Bacau 7-1 pada pusingan keempat Piala Fairs.

19 Mac 1992: Bekas penjaga gol Jack Kelsey meninggal dunia pada usia 62 tahun. Kelsey pernah mewakili Arsenal sebanyak 350 kali.

20 Mac 1968: Pemain hebat Gunners Paul Merson dilahirkan di Harlesden, London. Paul menjaringkan sebanyak 99 gol buat Arsenal.

21 Mac 1964: Penyerang John Radford muncul buat kali pertama ketika menentang West Ham United. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.

22 Mac 1950: Arsenal layak ke final Piala FA selepas menewaskan Chelsea 1-0 di separuh akhir.

23 Mac 2000: Hatrik Ray Parlour membantu Arsenal mencatat kemenangan 4-2 ke atas Werder Bremen pada saingan Piala UEFA.

24 Mac 1994: George Graham menjual pemain sayap Sweden Anders Limpar kepada Everton.

25 Mac 1988: Pemain sayap Brian Marwood menyertai Arsenal dari Sheffield Wednesday.

26 Mac 1987: George Graham membeli penyerang Leicester Alan Smith.

27 Mac 1971: Penalti yang disempurnakan Storey membolehkan Arsenal seri 2-2 pada separuh akhir Piala FA menentang Stoke.

28 Mac 1931: Hatrik Lambert serta dua gol David Jack memberikan kemenangan 5-2 Arsenal di Middlesbrough.

29 Mac 1973: Pemain sayap legenda Marc Overmars dilahirkan di Emst, Belanda.

30 Mac 1895: Woolwich Arsenal bertemu Newton Heath (kini dikenali sebagai Manchester United) buat pertama kali. Arsenal menang 3-2.

31 Mac 1971: Arsenal layak ke final Piala FA selepas menang 2-0 ke atas Stoke City.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI