Pakej seram Istana Kellie's Castle
Orang ramai yang 'mengidamkan' perasaan seram dan takut boleh merasai pengalaman itu dengan mengikuti pakej pelancongan malam bagi menjejaki entiti paranormal di Istana Kellie's Castle, di sini.
Tarikan itu disediakan bagi memberi peluang kepada pengunjung merungkai fakta misteri istana bersejarah itu dalam keadaan gelap, namun selamat dan terkawal.
Pengurus Kellie's Castle Zamari Muhyi berkata, pakej ditawarkan itu bukan saja memberi peluang kepada pengunjung menyingkap segala persoalan kisah misteri istana berkenaan, malah mereka juga mampu merasai pengalaman seram di tempat yang dikatakan berhantu itu.
"Hasil pengalaman dan beberapa bukti yang dirungkai sebelum ini memberikan saya inspirasi mengangkat Kellie's Castle sebagai pusat pelancongan malam pertama yang menawarkan pakej menjejaki entiti di Perak.
"Kekuatan Kellie's Castle bukan saja terletak pada elemen sejarahnya, namun kisah mistiknya juga menjadi simbolik istana ini," katanya pada majlis pelancaran pakej lawatan paranormal itu, di sini.
Zamari berkata, pakej itu terbuka kepada lima kumpulan terdiri daripada lapan individu dan hanya dibuka empat kali sebulan iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu pertama dan keempat.
"Beberapa orang pengunjung akan diasingkan di beberapa lokasi 'panas' dalam tempoh 30 hingga 45 minit. Bagaimanapun, segala tingkah laku dan gerak geri pengunjung bakal diperhatikan oleh pekerja kami bagi memastikan keadaan terkawal dan selamat.
"Semua lokasi yang ditempatkan termasuk termasuk di bilik Helen, bilik linen, bilik simpanan wain dan laluan serambi," katanya.
Katanya, pakej berharga RM80 seorang itu bakal meliputi pakej lawatan, minum malam, tayangan video, baju percuma, serta sijil penyertaan dan pendaftaran hanya dibuka melalui tempahan.
Majlis pelancaran pakej itu dirasmikan oleh Ahli Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) Datuk Syed Aminuddin yang mewakili Yang Dipertuanya dan turut dihadiri Pengarah Tourism Malaysia Perak Ibrahim Seddiqi Talib.

0 Komen:
Post a Comment