Anwar Ibrahim dipenjara 5 tahun (kes liwat)
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir enam tahun lepas.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga anggota mendengar rayuan pihak pendakwaan dalam kes itu, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan, dengan jaminan RM10,000.
Hakim Balia memerintahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membayar jaminan itu Isnin ini sebelum 11 pagi.
Semasa prosiding pada Jumaat, mahkamah diganggu oleh penyokong Anwar yang membuat bising dan menjerit dalam mahkamah menyebabkan Hakim Balia memberikan amaran kepada mereka agar berhenti berbuat demikian.
Semasa membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu, Hakim Balia berkata panel sebulat suara memutuskan hakim perbicaraan telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA dalam kes itu telah dicemari.
Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Peguam mewakili Anwar, Karpal Singh ketika ditemui pemberita kemudiannya, berkata dengan keputusan itu, Anwar tidak layak mengemukakan borang pencalonan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor pada Selasa ini.
Terdahulu, semasa mensabitkan Anwar, 67, Hakim Balia berkata mahkamah mendapati hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah tersalah arah dirinya sendiri apabila gagal mengiktiraf integriti sampel DNA itu.
Hakim Balia, yang mendengar rayuan itu bersama-sama Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, berkata hakim perbicaraan telah gagal meneliti secara terperinci keterangan dua ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, berhubung keterangan bahawa sampel telah diusik.
Beliau berkata hakim perbicaraan telah tersalah tafsir apabila merumuskan beg plastik (mengandungi sampel) telah diusik yang telah menjejaskan integriti sampel dalam bekas itu.
"Kami telah meneliti keterangan Jude Blacious Pereira, pegawai penyiasat kes ini, dan kami berpuas hati dengan keterangannya. Apa yang telah beliau lakukan ialah memotong bahagian bawah plastik dan meletakkan bekas itu dalam sampul surat.
"Kami berpendapat bahawa perbuatan mengusik barang bukti adalah pada beg plastik dan bukannya pada sampel," kata Hakim Balia.
Mahkamah juga mendapati hakim perbicaraan telah terkhilaf dari segi undang-undang apabila menerima keterangan pakar asing pihak pembelaan yang disifatkan sebagai "bukan pakar sebenar".
"Kami membenarkan rayuan dan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi, responden (Anwar) didapati bersalah terhadap pertuduhan," katanya.
Hakim memberikan masa satu jam kepada kedua-dua pihak, Karpal Singh dan ketua pasukan pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, untuk proses mitigasi sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Anwar.
Karpal Singh memberitahu mahkamah beliau memerlukan seminggu untuk menyediakan mitigasi kerana beliau dan Anwar perlu menghadiri sidang Dewan Rakyat Isnin depan.
Muhammad Shafee membantah permohonan Karpal Singh dan menggesa mahkamah mengadakan proses mitigasi hari ini dan berkata beliau juga tidak sempat membuat persediaan, tetapi bersedia untuk berbuat demikian hari ini.
Pada ketika itu, Anwar mencelah dengan berkata "Tak payah, saya nak sekarang, sekarang boleh juga" dan disambut laungan "Allahuakhbar" oleh penyokongnya dalam mahkamah.
Pada saat itu, isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bingkas bangun dari kerusi dan meluru ke arah Anwar untuk menenangkannya.
Apabila mahkamah bersidang semula pada 6.15 petang, Karpal Singh memaklumkan mahkamah bahawa beliau diarahkan oleh Anwar untuk menyerahkan laporan perubatan anak guamnya itu sebelum beliau boleh membentangkan hujahan mitigasi.
"Anwar menghidap sakit belakang, tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Mahkamah tidak patut tergesa-gesa dan kami berdoa kami akan diberikan masa untuk mengemukakan hujahan mitigasi," katanya.
Hakim Balia menolak permintaan Karpal Singh dengan menyatakan mahkamah telah memberikan masa dan hak untuk pihak pembelaan mengemukakan hujahan mitigasi.
Semasa ditanya Karpal Singh sama ada mahkamah berpandangan laporan perubatan tidak perlu untuk hujahan mitigasi, Hakim Balia menjawab: "Ya, ia tidak perlu pada peringkat ini", yang membuatkan penyokong Anwar menjerit dan membuat bising dalam mahkamah.
Hakim Balia: Jadi anda tidak akan membentangkan hujahan mitigasi?
Karpal Singh: Saya tidak dapat membentangkan hujahan mitigasi tanpa laporan perubatan Anwar.
Dalam hujahannya bagi hukuman, Muhammad Shafee berkata dengan melihat kepada fakta kes, mahkamah patut menimbangkan kesalahan gangguan seksual di tempat kerja kerana pengadu bekerja dengan tertuduh pada ketika itu.
Beliau meminta mahkamah menimbangkan perbuatan Anwar itu sebagai tidak bertanggungjawab dan cuai tanpa mempedulikan isu penyakit.
Beliau juga berkata Anwar telah menggelar pengadu sebagai "seorang penipu" semasa memberikan keterangan dari kandang tertuduh.
"Tiada kondom digunakan, perbuatan itu cuai dan sebagai seorang majikan, beliau berada dalam kedudukan dominan," katanya.
Muhammad Shafee juga berkata Anwar juga pernah disabitkan sebelum ini dan dihukum penjara enam tahun bagi rasuah.
Semasa menyampaikan keputusan itu, Hakim Balia berkata:"Mahkamah ini mendapati anda bersalah dan dengan itu mensabitkan anda dengan pertuduhan meliwat. Kami memutuskan anda dihukum penjara lima tahun."
Selepas hakim membacakan keputusan itu, Dr Wan Azizah dan lima anak perempuan Anwar termasuk Nurul Izzah yang merupakan anggota Parlimen Lembah Pantai, mengalirkan air mata.
Semasa hakim menyampaikan penghakiman, penyokong Anwar turut membuat bising dan menjerit dalam mahkamah sehingga mendorong Hakim Balia memberi amaran kepada mereka supaya diam dan menegaskan sekiranya mahkamah mendengar bunyi bising lagi, beliau akan mengarahkan polis mengiringi mereka keluar dari mahkamah.
"Tolong hormati mahkamah. Tolong jangan buat ulasan," kata Hakim Balia, dan dijawab oleh beberapa penyokong, "Anda (mahkamah) tidak berhak dihormati".
Selepas prosiding mahkamah berakhir, kesemua anak perempuan Anwar dan empat cucunya mendekatinya semasa beliau sedang berbincang dengan Karpal Singh.
Anwar turut dilihat mendukung seorang daripada cucunya semasa berbincang dengan barisan peguam belanya.- BERNAMA

0 Komen:
Post a Comment