Apa itu Kotak Hitam?

Thursday, March 13, 2014

APA ITU KOTAK HITAM?

Semua pesawat diwajibkan dilengkapi kotak hitam di dalamnya terkandung perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR).

FUNGSI

Jika pesawat ditimpa kecelakaan, FDR dan CVR memainkan peranan maha penting dalam membantu penyiasat merungkai punca kejadian.

Ia lazimnya dipasang pada ekor pesawat.

FDR

Ia merakam pelbagai data pesawat pada satu masa termasuk masa, altitud, kelajuan dan arah di tuju pesawat FDR lebih moden turut merakam puluhan fungi pesawat seperti pergerakan sayap, penjanaan bahan api serta sistem `auto-pilot.'

CVR

Peranan utama merakam pencakapan anggota kru serta bunyi dalam kokpit.

Perbualan juruterbang dan bunyi seperti enjin pesawat dan isyarat kecemasan dalam kokpit membantu siasatan jika berlaku kecelakaan.

KETAHANAN

Semua kotak hitam diuji untuk memastikan keteguhan termasuk didedahkan kepada api sepanas 1,110 darjah Celsius selama sejam dan suhu tahap beku -55 Celsius. Ia juga perlu mampu merakam data penerbangan minimum selama 25 jam.

CARA DIJEJAKI

Setiap perakam yakni FDR dan CVR dipasang peranti dikenali sebagai Underwater Locator Beacon (ULB). Jika pesawat terhempas dalam air, ULB akan teraktif sebaik cecair menyentuhnya dan ia boleh menghantar isyarat dari kedalaman 4,300 meter.

PENCIPTA

Kotak hitam dicipta saintis muda Australia dikenali sebagai Dr David Warren. Unit pertama dihasilkan pada 1957 dan Australia menjadi negara pertama di dunia mewajibkan semua pesawat komersial dilengkapinya.


0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI