Peraduan Penulisan Cerpen 2013 Sabah

Thursday, May 23, 2013

Peraduan Penulisan Cerpen 2013

Peraduan Penulisan Cerpen 2013 anjuran Perpustakaan Negeri Sabah, yang menawarkan hadiah bernilai RM1,000 untuk 10 karya terbaik dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang belajar atau menetap di Sabah dan tarikh akhir penyertaan ialah pada 18 Jun depan.

Kategori Sekolah Menengah Rendah dibuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 3, manakala pemenang 10 cerpen terbaik untuk Kategori Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5 serta A Level dan prauniversiti) mendapat RM1,500.

Kategori Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta pula menawarkan hadiah RM2,000 untuk 10 penyertaan terbaik, manakala 10 pemenang kategori umum pula masing-masing menerima RM2,500.

Pertandingan itu mensyaratkan setiap cerpen memiliki mesej yang boleh direnung dan difikir oleh pembaca untuk mendapatkan panduan, pengetahuan dan pengalaman, selain teknik dan gaya bahasa dapat dihayati untuk memberikan pengajaran dan hiburan.

Kembangkan karya kreatif


Karya juga perlu membentuk pemikiran yang positif, manakala persembahan, olahan, susunan peristiwa dan diksi menepati ciri cerpen.

Panjang cerpen untuk kategori pertama ialah tujuh hingga sembilan halaman; kedua (10-12 halaman); ketiga (13-15 halaman) dan keempat (16-20 halaman).

Peraduan Penulisan Cerpen 2013 itu bertujuan mengembangkan karya kreatif di Sabah untuk melahirkan generasi baru yang berpengetahuan dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat.

Ia juga diharap dapat membina masyarakat berbudaya membaca dan kaya maklumat, selain memperbanyakkan bahan bacaan serta mempertingkatkan penerbitan Perpustakaan Negeri Sabah.

Peraduan itu mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah serta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Maklumat lanjut hubungi Urus Setia Pertandingan Menulis Cerpen 2013, Perpustakaan Negeri Sabah Esther Mobilik dan Aine Naddia Samin di talian 088-231623/214828 atau layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau www.dbp.gov.my.


0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI