ASW 2020 agih pendapatan 6.3 sen

Thursday, August 20, 2009

Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.30 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2009.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM592.26 juta yang dimanfaatkan seramai 872,322 pemegang unit.

"Pemegang unit ini telah melanggan sebanyak 11.01 bilion unit ASW2020," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sehingga 17 Ogos 2009, ASW 2020 telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM661.28 juta, meningkat 12.62 peratus berbanding RM587.18 juta yang diperoleh pada tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2008.

Keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM311.27 juta atau 47.7 peratus manakala pendapatan dividen daripada syarikat yang melabur sebanyak RM223.69 juta atau 33.83 peratus dan faedah serta pendapatan lain sebanyak RM126.32 juta atau 19.10 peratus.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI