Biodata Sari Yanti

Friday, October 15, 2010

Biodata Sari Yanti



* Nama penuhnya Sari Yanti Mohamad Nazari

* Dilahirkan pada 9 November 1984.

* Anak kedua daripada tiga beradik.

* Pemegang Diploma Pengajian Perniagaan daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

* Filem pertama lakonannya ialah Impak Maksima arahan Ahmad Idham.

* Namanya lebih menonjol menerusi drama bersiri Kaisara arahan Aziz M Osman dan diterbitkan oleh Ace Motion Sdn Bhd.

* Dalam drama ini yang disiarkan pada tahun 2007, Sari Yanti memegang watak Kisah Kaisara. Ia mengisahkan kehidupan pelajar sekolah yang bertudung.'

* Turut berlakon dalam Kisah Kaisara ialah Norman Hakim sebagai Hasnor, Elliza Abdul Razak (Dania), Wan Sharmila Wan Muhamed (Amy) dan Farid Irwan Baharin (Aben).

* Sari Yanti berada dalam calon Top 5 bagi kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 yang turut menyenaraikan Ayu Damit, Lisa Surihani, Scha dan Stacy.

* Sari Yanti berkahwin dengan Mohd Eddy Casmady Che Hussin.

* Majlis perkahwinannya diadakan di rumah keluarganya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 17 Januari 2009.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI