Sebanyak 56 filem lakonan dan arahan Tan Sri PRamlee menghiasi lapan saluran televisyen berbayar Astro sepanjang bulan ini. Selain filem, dokumentari khas, konsert penghargaan muzik video interpretasi daripada lagu popular PRamlee dihasilkan penyanyi tanah air.
Sejak kali pertama muncul di layar perak pada 1948 menerusi filem Chinta, PRamlee mencipta legasi tersendiri di dalam industri perfileman hingga ke hari ini.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, berkata pihaknya melihat kempen itu sebagai satu pendekatan yang paling berkesan untuk memperkenalkan keunikan bakat tempatan, budaya dan identiti negara kita kepada dunia.
"Bagi merealisasikan matlamat Astro untuk terus mengangkat karya unggul dan menjadi simbol kebanggaan sejarah dunia seni, kami susunkan strategi pendekatan menyeluruh 360 darjah dengan menggunakan kelebihan jentera promosi yang kami miliki, iaitu secara `online', `on air' dan `on ground'," katanya yang amat terharu dengan pelancaran kempen Di Mana Kan Kucari Ganti yang berlangsung di Saloma Bistro, Jalan Ampang baru-baru ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan, Pengarah Eksekutif AMP Radio Network, Datuk Burhanuddin Osman dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Mohd Mahyidin Mustakim.
Katanya, strategi pendekatan menyeluruh itu merangkumi penyiaran 56 filem lakonan dan arahan PRamlee yang disusun mengikut genre seperti filem bercorak aksi, komedi, drama, keagamaan dan penganugerahan untuk disiarkan di lapan saluran berjenama Astro.
"Selain itu, dokumentari istimewa yang akan mengupas mengenai seorang insan seni bergelar P Ramlee juga akan disiarkan menerusi saluran History (555) termasuk saluran khas PRAMLEE HD (188) yang akan menyiarkan Konsert Penghargaan PRamlee Di Mana Kan Ku Cari Ganti. Pada konsert yang akan disiarkan pada 29 Oktober ini bermula jam 9.30 malam akan disiarkan menerusi tiga saluran serentak iaitu Ria (104), History HD (575) dan PRAMLEE HD (188).
"Kami percaya dengan kehadiran nama besar seperti Datuk Sharifah Aini, M Nasir, Ning Baizura, Kumpulan Hujan, Meet Uncle Hussein, Yuna, Ella, Shahir, Aizat dan ramai lagi," katanya.
Pada 30 Oktober ini, dokumentri khas yang akan menceritakan sejarah kegemilangan seniman agung itu sejak kecil hingga beliau menempah nama di dalam industri perfileman menerusi saluran History.
Pengurus Besar AETN All Asia Networks, Louis Boswell, berkata, P.Ramlee bukan saja menempa nama dan mencipta legasi dalam fenomana dunia seni di Malaysia bahkan merentasi seluruh rantau ini.
"Setelah beliau pergi meninggalkan kita buat selamanya, barulah sumbangannya benar-benar dihargai dan kehilangannya dirasai. Saluran History ingin berkongsi cerita dan kisah kehidupan yang menyentuh perasaan dan menerusi program ini kami percaya dan berharap agar kisah ini dapat diterjemahkan dengan penceritaan yang berkesan dan berlainan dengan semua kisah yang pernah disampaikan sebelum ini.
"Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak FINAS serta sokongan dan perhatian yang diberikan oleh pihak Astro untuk memperingati Tan Sri P.Ramlee sepanjang bulan Oktober ini," katanya.
Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.
Layari : Zonfiniti
Filem dan dokumentari P Ramlee sepanjang Oktober 2010
Entri Lain
Permalink: Filem dan dokumentari P Ramlee sepanjang Oktober 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment