Kata-Kata Hikmah Nasihat

Sunday, October 03, 2010

1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah solat serta merta walaubagaimana sekalipun keadaan.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku2 atau pergilah mendengar perkataan2 yang baik ataupun amalkan zikrullah,dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun, kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang manfaat.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang senantiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan perkara yang membawa kebajikan sahaja.

9. Berkenal-kenallah dengan tiap2 saudara Ikhwan Al-Muslimin yang saudara bertemu dengannya walaupun ia tidak meminta untuk berbuat demikian kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannnya.


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI