Tun Mahathir masuk hospital Melbourne

Sunday, October 03, 2010

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne hari ini bagi rawatan jangkitan kuman di dada.

Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, Dr. Mahathir yang dimasukkan ke hospital tersebut sejak pukul 9 pagi hari ini bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan dinasihatkan mendapatkan rehat yang secukupnya.

"Tun Mahathir juga berada di wad biasa dan beliau diberikan antibiotik di samping menjalani fisioterapi.

"Beliau dijangka berada di hospital beberapa hari lagi untuk pemantauan,'' katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sufi memberitahu, Dr. Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali berada di Melbourne sejak Khamis lalu untuk berucap pada seminar pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Melbourne.

Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI