Pastinya esok menjadi tarikh keramat buat Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan tunangnya, Dr Harlina Mohd Yunos yang bakal ke jenjang pelamin selepas bertunang 1 Januari lalu.
Malah, tarikh 10.10.10 juga dilihat sesuatu yang amat menarik kerana bukan saja bakal menjadi ulang tahun perkahwinan pasangan yang diraikan ini, ia juga ulang tahun ketiga Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas (2007).
Dengan jemputan seramai 10,000 orang yang dilengkapi persiapan secara besar-besaran, ia perkahwinan terhebat tahun ini. Istimewa untuk peminat dan penonton di negara ini, anda boleh saksikan acara gemilang itu menerusi siaran langsung khas yang dibawakan eksklusif TV3, Ahad ini.
Detik bersejarah itu akan disiarkan menerusi slot program Nona, pada hari sama, jam 2 petang yang dihoskan Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan (Fiza WHI). Dia akan membawa kita ke belakang tabir di sebalik persediaan dan proses perancangan majlis itu bermula dari hari pertunangan yang bertempat di Hotel Allson Klana, Seremban, Negeri Sembilan sehinggalah ke majlis akad nikah yang akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 11.00 pagi, esok.
Turut dipaparkan dalam segmen petang yang dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) adalah penceritaan menarik dan kenangan manis bakal raja sehari.
Pada hari bersejarah itu, merpati dua sejoli itu mengenakan busana pengantin rekaan pereka fesyen tempatan terkenal, Putra Cosry dan Datuk Bernard Chandran.
Laporan petang Ahad yang bermula jam 2 petang itu pemanas kepada acara kemuncak yang paling ditunggu seluruh rakyat negara ini yang turut mengagumi usaha dan jasa angkasawan pertama negara selama ini. Seterusnya, saksikan laporan eksklusif mulai jam 9 hingga 10 malam yang dikendalikan Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Syuhada Nurul Ain.
Bermula daripada susunan atur cara majlis yang diterajui Datuk Mahadzir Lokman, nantikan ketibaan pengantin di dewan yang berkonsepkan ‘istana kayangan’ diiringi paluan kompang, gurindam, bunyian orkestra, selawat dan marhaban.
Antara jemputan khas yang memeriahkan majlis itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Orang ramai juga berpeluang melihat foto dan gambar eksklusif sekitar majlis pernikahan dan persandingan itu di laman web rasmi: www.tv3.com.my atau portal gaya hidup terkini: www.gua.com.my, Ahad ini.
Laporan eksklusif majlis resepsi dan persandingan itu menampilkan Syarida Shariff (Sherry) sebagai penerbit dan Siti Hatija Yusof yang bertindak sebagai penerbit eksekutif serta turut dibantu tenaga kerja Primeworks Studios dan TV3.
Oleh Nor Akmar Samudin
Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.
Layari : Zonfiniti
Perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar terhebat di TV3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment