Siti Nurhaiza telah pun selesai merakamkan album Inggerisnya kira-kira sebulan lalu. Album yang masih belum mempunyai judul ini bakal dilancarkan pada 9 September hadapan.
Sebagai permulaan, single terbaru “Falling In Love” akan dipromosikan terlebih dahulu bermula minggu hadapan.
“Album itu memang sudah siap sepenuhnya. Tetapi Siti hanya akan lancarkan album ini pada 9 September nanti. Siti tunggu masa yang sesuai kerana tidak lama lagi kita akan berpuasa. Jadi, baik tunggu lepas Raya. Buat permulaan, Siti akan lancarkan single terbaru dahulu, ‘Falling In Love’ bermula minggu hadapan,” ujar Siti.
Album Inggeris pertama Siti itu diterbitkan oleh Bryan B, seorang komposer dan penyanyi hip hop popular dari Australia. Berkonsepkan pop moden, album ini memuatkan 10 buah lagu kesemuanya.
0 Komen:
Post a Comment