Tomok selamat bersanding di Restoran Saloma berkonsep Jawa

Saturday, July 09, 2011

Gambar Persandingan Tomok

Shah Indrawan Ismail (Tomok) dan Siti Rahayu Abas (Ayu) selamat bersanding di Saloma Threatre Restaurant. Perarakan pengantin memasuki ruangan dewan diiringi dengan paluan gamelan dan irama muzik Jawa. Tomok dan Ayu busana berwarna keemas-emasan dan bertemakan konsep Jawa, merpati dua sejoli ini tampak seakan-akan putera dan puteri yang baru turun dari kayangan.

“Kami rasa sangat gembira dengan perkahwinan ini. Walaupun ini majlis yang kedua, perasaan gembira itu kami rasa makin bertambah. Kami harap semua dapat mendoakan kebahagiaan kami berdua berkekalan hingga ke akhir hayat. Insyaallah.”

Majlis dihadiri seramai 320 orang tetamu jemputan ini terdiri daripada para media dan rakan-rakan artis. Antara artis yang hadir memberikan sokongan termasuklah Yuna, Ana Raffali, Fasha Sandha, Faizal Tahir, Ifa Raziah, Akim Af7, Stacy, Linda Onn, Intan Ladyana, Jaclyn Victor, Black, Tam dan beberapa artis lain.

Menurut Ayu yang merupakan seorang pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan Malaysia (MAS), mengahwini seorang anak seni bukanlah satu masalah bagi beliau.

“Ayu rasa tiada masalah berkahwin dengan artis. Kerana sebelum ini Ayu sudah biasa kerana kami berdua sama-sama bekerjaya. Ayu hormat dan faham kerjaya dia sebagai seorang artis.”

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan dari beberapa artis termasuklah Jaclyn Victor, Akim, Stacy dan Black. Menariknya, persembahan duet dari pasangan penyanyi suami isteri iaitu Zul 2 by 2 dan isterinya, Isma yang merupakan kakak kepada pengantin lelaki menambahkan lagi kemeriahan majlis.

Ketika ditanya tentang perancangan untuk meminang cahaya mata dalam masa terdekat, bekas vokalis kumpulan ‘New Boyz’ ini menjawab, “Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Kalau boleh Insyaalah secepat mungkin lah. Kalau ada rezeki, ada lah. Kami rancang mahu 3 atau 4 orang anak.”

“Tentang berbulan madu itu perlu difikirkan lagi di mana tempatnya. Sebelum ini, Tomok ada tengok beberapa tempat yang menarik untuk berbulan madu, tetapi semua itu masih dalam perancangan.”

Dalam masa yang sama, pasangan pengantin baru ini sempat memberitahu daya tarikan tersendiri yang ada pada pasangan masing-masing.

“Tomok adalah seorang yang penyabar dan sangat mengambil berat. Kedua-dua sifat ini membuatkan Ayu jatuh hati dengan keperibadian yang dia ada.”

“Ayu adalah pelengkap hidup saya. Setelah bergelar suami, Tomok harap kebahagian yang Ayu berikan berkekalan hingga ke akhirnya,” ujar Tomok ringkas.

“Tomok ucapkan ribuan terima kasih kepada semua media-media yang sudi hadir memberikan sokongan. Buat rakan-rakan artis pula, terima kasih banyak-banyak Tomok ucapkan atas kedatangan dan kesudian mereka ke majlis Tomok ini.”

Tahniah diucapkan kepada Tomok dan Ayu,semoga berbahagia selalu.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI